1 SULIT

1103/2

BAHASA MELAYU KERTAS 2 OGOS 2015 MASA 2 ½ JAM

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH (CAWANGAN PULAU PINANG) MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

BAHASA MELAYU KERTAS 2 2 JAM 30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

_________________________________________________________________________________ Modul latihan berfokus ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan permainan tradisional dan kekangan yang dihadapi dalam usaha mempopularkannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Permainan tradisional meliputi pelbagai jenis dan bentuk seperti batu seremban, congkak, gasing, guli, galah panjang, sepak raga, sepak bulu ayam, tingting, konda-kondi, jala itik, wau, rebana, kertuk, tarik upih, senapang buluh, cop tiang, laga biji getah, dan banyak lagi. Permainanpermainan ini telah berjaya melestarikan warisan dan budaya nenek moyang yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Walaupun permainan ini untuk kanak-kanak dan remaja, namun begitu boleh juga dimainkan oleh orang dewasa. Permainan tradisional bukan sahaja menjadi kegiatan riadah, bahkan mempunyai fungsi pendidikan dalam kalangan masyarakat. Jika kita menelusuri sejarah permainan tradisional, permainan ini dimainkan oleh generasi terdahulu untuk pelbagai fungsi, misalnya untuk menguji kekuatan antara dua orang individu, pembesar atau negara. Permainan tersebut dapat merapatkan interaksi sosial, menanamkan nilai kejujuran dan berfikiran kritis. Malah, permainan tradisional dapat mempererat hubungan dalam kalangan pemain. Bagi permainan tradisional yang lebih popular seperti wau, gasing, dan kertuk, akan menarik penyertaan yang lebih ramai. Hal ini telah menjadi serampang dua mata untuk mengukuhkan budaya bangsa di samping mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Permainan tradisional juga boleh dimainkan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Setiap permainan tradisional menuntut pemainnya untuk berfikir, mengatur strategi, dan memilih teknik terbaik untuk memenangi pertandingan. Tindakan ini secara tidak langsung mengajar seseorang untuk berfikir agar melakukan sesuatu perkara dengan baik dan bijaksana. Tanpa strategi dan teknik yang berkesan, sudah pasti permainan menjadi hambar dan berakhir dengan kekalahan. Pendek kata, permainan tradisional dapat menjadi salah satu unsur pembangunan modal insan. Permainan tradisional juga merupakan salah satu cara bagi seseorang anak atau remaja disosialisasikan. Apabila dewasa, mereka akan menjadi anggota masyarakat yang berkualiti. Berbeza dengan permainan moden, permainan tradisional tidak memerlukan peralatan atau gelanggang khas, malah peralatan yang diperlukan mudah didapati di sekeliling tempat tinggal. Manakala, permainan moden memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan peralatan yang khusus untuk memainkannya. Dalam konteks masyarakat kini, permainan tradisional sangat penting untuk dihidupkan semula bersama-sama dengan permainan moden. Permainan moden diperhebat kerana dipertandingkan di peringkat dunia, manakala permainan tradisional harus disuburkan untuk menjadi popular dalam kalangan rakyat. Negara perlu terkenal bukan sahaja melalui penyertaan dan kemenangan dalam permainan moden yang bertaraf dunia, bahkan turut dikenali dengan identiti warisan nenek moyangnya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Remaja dan Permainan Tradisional”, Hanapi Dolah, Dewan Siswa, September 2009)

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

3 Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata mengatur strategi. [2 markah]

(ii)

Nyatakan perbezaan yang wujud antara permainan tradisional dengan permainan moden. [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah boleh mempopularkan semula permainan tradisional dalam kalangan murid? [4 markah]

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

4 Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu,” sambung si hero. “Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon.” “Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini.” “Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji.” “Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa,” kata hero, seperti menyindir. “Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara.” “Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan ... dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang.” (Dipetik daripada „Idola‟ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Nyatakan kelebihan si hero berdasarkan petikan tersebut. [2 markah]

(ii)

“Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa.” Pada pendapat anda, mengapakah si hero berkata demikian?

(iii)

[3 markah]

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

[4 markah]

SULIT

5 Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!” Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?” “Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?” Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?” “Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.” “Siapa namanya?” “Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas pemberian bajak laut.” “Tuanku Nakhoda Tua merasa takjub melihatkan demikian banyaknya wang dinar emas di dalam geliung itu. “Panggilkan Awang Sulung ke mari!” perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan. (Dipetik daripada „Pelayaran yang Penuh Peristiwa‟ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud tertegun kaum. [2 markah]

(ii)

Apakah reaksi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa setelah melihat jurumudi dan Mualim berada di depan Tuanku Nakhoda Tua untuk mengahwinkannya? Berikan tiga reaksi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. [3 markah]

(iii)

Sekiranya anda Tuanku Nakhoda Tua, apakah yang akan anda lakukan apabila anda mempunyai wang yang banyak? Berikan dua cadangan. [3 markah]

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

6 Soalan 2(d) – Gurindam Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam 12 Fasal yang Keenam Cahari olehmu akan sahabat, Yang boleh dijadikan ubat. Cahari olehmu akan guru, Yang boleh tahukan setiap seteru. Cahari olehmu akan isteri, Yang boleh menyerahkan diri. Cahari olehmu akan kawan, Pilih segala orang setiawan. Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka

(i)

Nyatakan maksud rangkap kedua gurindam ini. [2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, apakah tiga kelebihan mempunyai seorang sahabat yang sejati. [3 markah]

(iii)

Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam Gurindam 12 Fasal yang Keenam. [4 markah]

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

7 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (ii)

bidang

-

sidang

(ii)

tetas

-

tebas

(iii)

kerat

-

kelat [6 markah]

(b)

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i)

Kerajaan perlu mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun.

(ii)

Ribut yang kuat telah memusnahkan semua rumah yang terletak berdekatan dengan pantai itu semalam.

(iii)

Saya telah meminjam buku-buku di atas meja itu daripada perpustakaan sekolah. [6 markah]

(c)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Walaupun Mariah seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

(ii)

Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.

(iii)

Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. [6 markah]

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

8 (d)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.

(ii)

Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

(iii)

Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi. [6 markah]

(e)

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut. (i)

Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

(ii)

Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama.

(iii)

Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil. [6 markah]

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

9 Soalan 4 : Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i)

Papa.....(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii)

Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii)

Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah

(iv)

Renyah karya Gunawan Mahmood

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(vi)

Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir

(vii)

Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(viii)

Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Pengajaran merupakan aspek penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Nyatakan satu nilai positif pada watak utama yang terdapat dalam dua buah novel yang anda pelajari. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 © MPSM Cawangan Pulau Pinang

SULIT

PP K2.pdf

Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PP K2.pdf. PP K2.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

334KB Sizes 6 Downloads 445 Views

Recommend Documents

PP-introduction.pdf
Page 3 of 95. Motivation. Scientific Computation. Definitions. Parallelism. Distributed Computing. Faster. Better. Olympic Games. The modern Olympic Games are the leading international sporting. event featuring summer and winter sports competitions i

PP-principles.pdf
... University Parallel Algorithm Principles. Whoops! There was a problem loading this page. Whoops! There was a problem loading this page. PP-principles.pdf.

PP HKI.pdf
PENGATURAN HKI SECARA. NASIONAL. HKI. Hak milik. perindustria. n (Industrial. Property). Hak cipta. (Copy Right). Paten. Paten. sederhana. Merek. Desain.

pp october.pdf
with mirror and glitter (use glitter sheet for. making diya). Size of diya should be according to. the width of ring. 17.10.17 Diwali Celebration Send your ward in traditional dress and send 2. packets of Cadbury Gems. MONTHLY SYLLABUS. ENGLISH. Writ

PP-4C.pdf
Line. Item. State Asset. Tag #. Division. Name Description. Serial. Number. Wolf's FD. Document. Number. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Agency Rep Signature: ...

PP-algorithm.pdf
People doing parallel processing, e.g. me, are not fond of this. kind of computation. Pangfeng Liu National Taiwan University Parallel Algorithm Examples.

pp[87]_sprawozdanie_merytoryczne.pdf
Krakowskie Przedmieście 13. 00-071 Warszawa. Page 3 of 23. pp[87]_sprawozdanie_merytoryczne.pdf. pp[87]_sprawozdanie_merytoryczne.pdf. Open. Extract.

PP Northern California.pdf
... of the California Stem Cell Research and Cures Act, a measure passed in 2004 ... disease, Huntington's chorea, strokes, organ failure, spinal cord injuries,.

hb pp final.pdf
commercials play over grocery store intercom systems, and, (the most insane or brilliant new. “strategy”) advertisements are placed at “reading level” over ...

25mm PP Caps.pdf
Dy.Manager I/C Purchase. Page 1 of 1. 25mm PP Caps.pdf. 25mm PP Caps.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying 25mm PP Caps.pdf.

PP K2 skema.pdf
... dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan. kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam. apa-apa bentuk media ...

PP Gjoa SP.pptx.pdf
Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. PP Gjoa SP.pptx.pdf. PP Gjoa SP

PP Global contexts.pdf
Inquiry into. personal and. cultural. expression. Inquiry into. scientific and. technical. innovation. Inquiry into. globalization and. sustainability. Inquiry into. fairness and. development. Click the globe. to view how you. identify your. global c

PP och matris.pdf
11, 12. Министерство здравоохранения Челябинской области. Поликлиника. 6, Абдулин Рафаил Хусаинович, Врач-терапевт. участковый, 27 лет, Серти

PP- Marketing page.pdf
Offline: MISSION IAS (9560082909). Online: flavido.com (9555923039). REGISTER NOW! Newspapers - Hindu, Indian Express, PIB, Business. Standard, Mint. Websites - IDSA, PRS, Ministry Websites. Magazines – Relevant articles from Yojana,. Kurukshetra,

Pp-vibvroacoustics-keele-2000.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

PP-Aston-Sabre-001.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

Text pp.10-14.pdf
you might also study during high school. The nature, or essential char- acteristic, of science is scientific inquiry—the development of explana- tions. Scientific inquiry is both ... lava flowing from Mount Etna. Lava temperatures can reach 750°C.

Edital PP 003 2017.pdf
Recebemos, da Prefeitura Municipal de Alenquer – Setor de Licitações, nesta data, cópia do. Edital da Licitação acima identificada.

PP 102 TAHUN 2000.pdf
Republik Indonesia Tahun 1999 Nomor 154, Tambahan Lembaran Negara Nomor. 3881);. 16.Peraturan Pemerintah Nomor 2 Tahun 1989 tentang Standar ...

BCPS PowerSchool PP AcceptUse_v1.pdf
Student Name Student # DOB School Access ID. Burke County Public Schools System does not discriminate against any person on the basis of race, sex, color, ...

PP-Suspense-001.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

(Nov., 1961), pp. 309-310.
JSTOR is an independent not-for-profit organization dedicated to and preserving a digital archive of scholarly journals. For more information regarding JSTOR, please contact [email protected]. .... guage will have more meaning and more practical valu