PROJEK INOVASI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014 TAJUK INOVASI:

KAD MNEMION

MATA PELAJARAN:

KIMIA NAMA GURU:

NURUL HANIM BT ISMAIL

SMK BAWANG ASSAN SIBU, SARAWAK

0

1.0 Tajuk inovasi Kad Mnemion ( Mnemonik + formula ion )

2.0 Sinopsis inovasi

Kad Mnemion merupakan satu set kad imbas (flash card) yang menggabungkan senarai formula ion bersama mnemonik yang digunakan untuk mengingat senarai ion beserta cas bagi setiap ion. Kad Mnemion dihasilkan dan digunakan oleh setiap pelajar secara individu semasa sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, didapati kesemua 17 orang pelajar 4 Sains sukar menguasai kemahiran menulis formula kimia dengan betul. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertengahan penggal pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar sukar untuk mengingati simbol-simbol ion dan cas-cas pada ion positif dan negatif yang menjadi punca utama kegagalan pelajar menulis formula kimia dengan betul. Pelajar juga tidak berminat untuk menghafal kerana bilangannya yang terlalu banyak. Pelaksanaan inovasi difokuskan kepada 3 aktiviti. Aktiviti pertama ialah memperkenalkan dan membiasakan pelajar dengan simbol-simbol ion serta cas-cas pada ion dengan menggunakan Kad Mnemion. Aktiviti kedua ialah mengasingkan ion-ion positif dan negatif berdasarkan nilai cas pada ion dan menghafal setiap ion dengan menggunakan kaedah mnemonik. Aktiviti yang ketiga pula ialah menulis formula kimia dengan cara menggabungkan kad imbas bagi ion positif dan kad imbas bagi ion negatif.

Keputusan ujian pos menunjukkan 11 daripada 15 orang pelajar berjaya menyenaraikan semua formula ion dengan betul, iaitu peningkatan sebanyak 73% berbanding dengan ujian pra. Manakala 14 orang pelajar telah menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi markah yang diperoleh melalui ujian pos. Dengan ini,

dapat

dirumuskan

bahawa

penggunaan

Kad

Mnemion

telah

berjaya

meningkatkan ingatan pelajar terhadap formula ion seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia dengan betul. 1

3.0 Objektif inovasi i)

Meningkatkan kemahiran pelajar menulis dan mengingat formula ion.

ii)

Memudahkan pelajar membina formula kimia sebatian.

iii)

Menjadikan proses PdP lebih menarik dan tidak membosankan.

iv)

Meningkatkan minat pelajar terhadap topik formula kimia

v)

Menjadikan PdP berpusatkan pelajar.

4.0 Kumpulan sasaran Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 aliran sains tulen.

5.0 Latar belakang inovasi Langkah-langkah penghasilan Kad Mnemion: i)

Satu helai kertas warna dibahagikan kepada 6 bahagian.

ii)

Kertas warna yang berbeza digunakan untuk mewakili setiap cas

iii)

a)

Merah – ion bercas 1+

b)

Jingga – ion bercas 2+

c)

Kuning – ion bercas 3+

d)

Hijau – ion bercas 1-

e)

Biru – ion bercas 2-

f)

Ungu – ion bercas 3-

Simbol ion ditulis di bahagian tengah dalam sebuah petak, casnya ditulis di bahagian atas (di luar petak), nama ion ditulis di bahagian bawah. Contoh:

2

Tujuan simbol ion ditulis dalam petak adalah untuk membezakan dan mengasingkan bilangan atom unsur dalam sesuatu ion dengan cas ion tersebut. Contohnya, bagi ion nitrat, nombor 3 menunjukkan bilangan atom oksigen bagi ion nitrat, manakala nilai cas ion nitrat ialah 1- (satu negatif).

iv)

Penulisan formula ion diulangi di bahagian belakang kertas warna, tetapi namanya ditukar menjadi suatu mnemonik.

v)

Kertas warna digunting mengikut formula ion dan diikat bersama menggunakan gegelung besi mengikut turutan nilai cas.

vi)

Ion positif dan ion negatif diasingkan.

6.0 Isu / masalah yang ditangani oleh inovasi

Sebelum Kad Mnemion digunakan, antara masalah yang dihadapi ialah: i)

Pelajar sukar menulis formula ion dengan betul.

ii)

Pelajar juga sukar membezakan antara nilai bilangan unsur dalam sesuatu ion dengan nilai cas pada ion.

iii)

Pelajar gagal menulis formula kimia sebatian dengan betul kerana lupa nilai cas pada ion yang terlibat.

iv)

Pelajar tidak meletakkan kurungan semasa menulis formula kimia sebatian.

Setelah pelajar-pelajar menggunakan Kad Mnemion, pelajar-pelajar telah dapat: i)

Menulis simbol ion serta cas pada ion dengan betul.

ii)

Menghafal senarai ion positif dan ion negatif dengan mudah.

iii)

Membina formula kimia sebatian dengan betul dan tepat

3

Perbandingan antara sebelum & selepas penggunaan Kad Mnemion:

Sebelum

Selepas

4

7.0 Huraian inovasi

7.1 Bahan & kos penghasilan Kad Mnemion. Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan 2 set Kad Mnemion untuk seorang pelajar yang terdiri daripada satu set kad ion positif dan satu set kad untuk ion negatif.

Bil

Bahan

Kuantiti

Kos seunit

Jumlah

(RM)

(RM)

1.

Kertas warna

6

0.10

0.60

2.

Plastik lamina

4

0.50

2.00

3.

Gegelung besi

2

0.20

0.40

JUMLAH

RM 3.00

7.2 Cara Kad Mnemion digunakan i)

Kad Mnemion dibelek satu persatu bagi melihat senarai formula ion.

ii)

Bagi membina formula kimia sebatian, kad ion positif diletakkan bersebelahan dengan kad ion negatif. Contoh:

5

iii)

Ion positif dan ion negatif digabungkan, kemudian cas pada ion ditukarganti menggunakan kaedah darab silang. Memandangkan ion nitrat mempunyai lebih daripada satu unsur dan jumlahnya menjadi dua (yang diperoleh daripada nilai cas pada ion zink), maka ion nitrat perlu diletakkan kurungan seperti berikut: Zn (NO3) 2

iv)

Untuk menghafal senarai ion, kad dipusingkan ke bahagian belakang dan langkah (i) diulang mengikut kumpulan warna masing-masing. Berikut merupakan senarai mnemonik yang digunakan:

Cas ion

1+

Nama ion

Formula ion

Mnemonik

Hidrogen

H+

Hai

Litium

Li +

Lily

Natrium

Na +

Nak

Kalium

K+

Ke

Argentum

Ag +

Ammonium

Kalau

Mg

2+

Makan

Zink

Zn 2+

Zebra

Ferum (II)

Fe 2+

Free

Plumbum (II)

Pb 2+

Please

Kuprum (II)

Cu 2+

Kontrol

Ferum (III)

Fe 3+

Frust

Kuprum (III) Aluminium

1-

Amsterdam

Ca

Magnesium

3+

Arah

2+

Kalsium

2+

NH4

+

3+

Cu Al

3+

Kucing Adeline

Hidroksida

OH

-

Oh

Nitrat

NO3 -

No

Florida

F-

Farisha

Klorida

Cl -

Keluar

Bromida

Br -

Berjumpa

Iodida

I

-

Idaman 6

Oksida

O 2-

Ok

Sulfat

SO4 2-

So

Karbonat

CO3 2-

Comelnya

2-

3-

Fosfat

PO4

3-

Posing

7.3 Keberkesanan Kad Mnemion terhadap proses PdP

Ujian pra dan ujian pos dijalankan sebeum dan selepas penggunaan Kad Mnemion bagi menilai peningkatan pelajar dalam menulis formula ion dan formula kimia dengan betul. Berikut merupakan keputusan ujian pra dan ujian pos:

Bil

Nama

Ujian Pra

Ujian Pos

Perbezan

Markah

%

Markah

%

Markah

%

1

Adeline ak Muran

16

64

24

96

+8

32

2

Azni Suraya binti Mos

9

36

17

68

+8

32

3

Betty ak Abu

4

16

23

92

+19

76

4

Camelia ak Sibat

3

12

21

84

+18

72

3

12

15

60

+12

48

5

Cassandra Epat ak Francis Japong

6

Christina ak Simeon

9

36

25

100

+14

56

7

Daycyana ak Deris

11

44

23

92

+12

48

8

Hazila binti Yacub

8

32

20

80

+12

48

0

0

11

44

+11

44

9

Jacksen Melina ak Edward Roky

10

Nancy ak Usin

15

60

24

96

+9

36

11

Natasha Dexty ak Usop

8

32

1

4

-7

-28

12

Natasha Remia ak Low

7

28

21

84

+14

56

7

13 14

Nur Syakirah bt Hamdan Phelimina Ensuna ak Emang

18

72

25

100

+7

28

7

28

24

96

+17

68

15

Rasda Adila ak Minggu

8

32

2

8

-6

-24

16

Sandy ak Lily

12

48

23

92

+11

44

17

Vanessa ak Kata

13

52

22

88

+9

36

Rumusan:

Julat Markah

Bilangan Pelajar Ujian Pra

Ujian Pos

0–5

4

2

6 – 10

7

0

11 – 15

4

2

16 – 20

2

2

21 – 25

0

11

Jumlah

17

17

8

Carta Perbandingan:

Analisis Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra & Ujian Pos 100

80

60

40

Ujian Pra Ujian Pos

20

% Perbezaan

0

-20

-40

9

7.4 Temu bual bersama pelajar Daripada analisis ujian pra dan ujian pos, terdapat 2 orang pelajar telah menunjukkan penurunan, manakala 15 orang pelajar yang lain menunjukkan peningkatan. Oleh itu, satu sesi temu bual telah diadakan bersama dua orang pelajar tersebut untuk mengenal pasti punca / masalah yang dihadapi. Masalah yang mereka hadapi ialah tidak memahami sepenuhnya tentang cara penggunaan Kad Mnemion. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas disebabkan penat & mengantuk. Mereka juga menganggap guru mengajar terlalu cepat. Oleh itu, saya mengajar semula kedua-dua pelajar tersebut menggunakan Kad Mnemion dengan melakukan sedikit penambahbaikan dari segi penyampaian kaedah penggunaan. Ujian pos kali kedua dilaksanakan dan hasilnya, mereka masing-masing telah menunjukkan peningkatan sebanyak 56% berbanding dengan ujian pra. Markah mereka dalam ujian pos yang terkini ialah 88%. Berikut merupakan perbandingan antara ujian pos yang pertama dengan ujian pos yang kedua bagi kedua-dua pelajar tersebut:

10

7.5 Potensi untuk disebarluaskan kepada pihak lain.

Kad Mnemion adalah ringkas dan mudah digunakan. Ia juga mesra pelajar dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang sehingga tamat Tingkatan 5. Kad Mnemion ini sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar dari semua peringkat, sama ada pelajar cemerlang, sederhana mahupun pelajar yang lambat menguasai. Penggunaan Kad Mnemion menjadikan proses PdP lebih menarik dan berkesan di samping melibatkan pelajar secara aktif dalam kelas. Kad Mnemion juga boleh dipelbagaikan bentuk dan saiz untuk kesesuaian penggunaan dalam kalangan guru dan pelajar.

7.6 Kelebihan kad imbas i)

Saiz yang kecil, mudah dibawa dan disimpan oleh pelajar.

ii)

Berwarna-warni, meningkatkan keupayaan memori pelajar.

iii)

Senang disediakan.

iv)

Kos penyediaan yang murah.

v)

Boleh dijadikan rujukan dalam jangka masa panjang.

vi)

Boleh digunakan semasa pembelajaran pelbagai topik dalam mata pelajaran Kimia merangkumi sukatan pelajaran Kimia Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

11

7.7 Maklumbalas pelajar terhadap penggunaan Kad Mnemion:

Bilangan pelajar

Bil

Soalan

1

Adakah anda menyukai kaedah mnemonik?

2

Adakah mnemonik tersebut senang untuk dipelajari & diingati?

3

Adakah

anda

menghadapi

masalah

Adakah

anda

akan

sentiasa

menggunakan

16

1

94

8

9

47

15

2

88

17

0

100

17

0

100

12

5

71

11

6

65

2

15

12

16

1

94

Adakah anda mempunyai kaedah lain untuk mengingati formula ion?

10

94

Adakah anda yakin dapat menulis formula ion dan formula kimia dengan betul?

9

1

Adakah anda telah dapat menghafal semua formula ion?

8

16

Adakah anda telah faham topik formula ion dan formula kimia?

7

(%)

Adakah Kad Mnemion benar-benar membantu anda lebih memahami cara membina formula kimia?

6

Tidak

Kad

Mnemion tersebut? 5

Ya

semasa

menyediakan Kad Mnemion? 4

Peratus ‘Ya’

Adakah anda bersetuju kaedah mnemonic dan Kad Mnemion diteruskan untuk masa akan datang?

8.0 Penutup Berdasarkan keputusan yang ditunjukkan oleh ujian pos serta refleksi pelajar terhadap penggunaan Kad Mnemion, dapat disimpulkan bahawa kaedah ini mudah dipelajari dan mesra pelajar. Walau bagaimanapun, penggunaan Kad Mnemion ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan penguasaan pelajar sentiasa berada pada tahap optimum. Selain itu juga, jenis mnemonik yang berbeza boleh dicipta untuk kesesuaian semua pelajar. 12

LAMPIRAN

13

UJIAN PRA / POS KIMIA BAB 3 Nama : Kelas :

1. Tuliskan formula ion bagi ion-ion positif & ion-ion negatif yang disenaraikan di bawah:

Nama ion

Formula ion

Nama ion

1 Magnesium

7

Sulfat

2 Kuprum (II)

8

Hidroksida

3 Natrium

9

Karbonat

4 Ferum (II)

10 Oksida

5 Aluminium

11 Nitrat

6 Zink

12 Fosfat

Formula ion

2. Tuliskan formula kimia yang betul bagi sebatian-sebatian berikut:

Nama Sebatian 1

Natrium hidroksida

2

Kalium nitrat

3

Kuprum (I) oksida

4

Kuprum (II) sulfat

5

Magnesium hidroksida

6

Ferum (II) sulfat

7

Kalsium karbonat

8

Zink bromida

9

Aluminium sulfat

10

Ammonium fosfat

11

Plumbum (II) karbonat

12

Aluminium oksida

13

Ferum (III) klorida

Formula Kimia

14

Gambar:

(A) Proses penghasilan Kad Mnemion

15

(B) Ujian pra / pos

16

(C) Kad Mnemion yang telah dihasilkan:

17

(D) Temu bual bersama pelajar:

18

LAPORAN INOVASI.pdf

Page 2 of 19. 1. 1.0Tajuk inovasi. Kad Mnemion ( Mnemonik + formula ion ). 2.0Sinopsis inovasi. Kad Mnemion merupakan satu set kad imbas (flash card) yang ...

2MB Sizes 128 Downloads 222 Views

Recommend Documents

Laporan VPN.pdf
Page 1 of 7. No. Exp : 10. Konfigurasi VPN. menggunakan OS ubuntu. sever 10.04. Nama : Ira Rubiyanti. Tanggal : 29 Mei 2011 Kelas : 3 TKJ A. DIAGNOSA ...

laporan PTA.pdf
“Dengan ini kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kumpulan kami dan. dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej. Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh. kami. Projek

laporan PTA.pdf
“Dengan ini kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kumpulan kami dan. dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej.

Laporan Pagu Dana Per Kegiatan.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Laporan Pagu ...

laporan dhea.pdf
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. laporan dhea.pdf. laporan dhea.pdf. Open. Extract. Open with.

Laporan Installasi Wordpress.pdf
Download software xampp. Bisa didownload di “apachefriends.org”. 2. Download software wordpressnya. Bisa didownload di “wordpress.org”. 3. Install xampp.

Laporan CHECKBOX fifii.pdf
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Laporan CHECKBOX fifii.pdf. Laporan CHECKBOX fifii.pdf. Open.

LAPORAN MIKROTIK SOJ.pdf
NETWORK MANAGEMENT. Hotspot Mikrotik Via Wireless. &. Management User. Page 3 of 26. LAPORAN MIKROTIK SOJ.pdf. LAPORAN MIKROTIK SOJ.pdf.

LAPORAN-JKNMPP-ENGLISH.pdf
stakeholders, including Malaysian political. parties, international experts, and NGOs. The experience has been a challenging but. fulfilling one for us.

Laporan Praktikum Installasi CentOS.pdf
Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Laporan Praktikum Installasi CentOS.pdf. Laporan Praktikum Installasi CentOS.pdf. Open. Extract.

Laporan PORTO AUDITED @)!%.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Laporan PORTO AUDITED @)!%.pdf. Laporan PORTO AUDITED @)!%.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu

Laporan Program Ford 2013 English.pdf
widely through website and the social media (e.g. Facebook, Google+, etc.) ... Accountability of NGO Internal Governance” was published towards the end of ...

LAPORAN-JKNMPP-BAHASA-MALAYSIA.pdf
Parti-parti politik dalam bisnes ... bisnes. Cadangan ke atas isu-isu yang lebih luas dan jangka panjang ... LAPORAN-JKNMPP-BAHASA-MALAYSIA.pdf.

Laporan Keberlanjutan GAR Sebagai Komunikasi ... -
engagement. 4.Management approach ... SMART Diploma. SMART ... Corporate Social Responsible and Sustainable Business a Guide to Leadership Tasks.

LAPORAN DIAGNOSA WAN SEMESTER 5 M.NATSIR FAJARIADI.pdf
Mengetahui perbedaan dedicated (leased line) dengan circuit switched. Dapat menganalisa perbedaan keduanya dengan menggunakan packet tracer.

Fraud-Laporan-US-2013.pdf
... Medicare Hospital Insurance (Part A) Trust Fund and the Supplemental Medical Insurance (Part. B) Trust Fund. Page 3 of 107. Fraud-Laporan-US-2013.pdf.

Laporan Sos-Web Buol.pdf
Page 1 of 12. Laporan Kegiatan. SOSIALISASI PEMBUATAN WEBSITE SEKOLAH. DALAM RANGKA OPTIMALISASI LAYANAN. INFORMASI PENDIDIKAN DI ...

Laporan Keberlanjutan GAR Sebagai Komunikasi ... -
engagement. 4.Management approach ... SMART Diploma. SMART ... Corporate Social Responsible and Sustainable Business a Guide to Leadership Tasks.

Laporan Sos-Web Morowali.pdf
Model. yang dikembangkan sejak tahun 2008 telah di-launching oleh Prof. Dr. M. Nuh,. DEA., Menteri Pendidikan Nasional pada puncak acara peringatan Hari.

Laporan-Praktikum-Anatomi-Dan-Fisiologi-Manusia-Darah.pdf ...
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Laporan-Praktikum-Anatomi-Dan-Fisiologi-Manusia-Darah.pdf.

1. laporan profil tanah.pdf
Page. 1. /. 1. Loading… Page 1 of 1. Page 1 of 1. 1. laporan profil tanah.pdf. 1. laporan profil tanah.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying 1. laporan profil tanah.pdf.Missing:

Laporan Sos-Web Bangkep.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Laporan ...

STANDAR FILE SKRIPSI-LAPORAN D3.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. STANDAR FILE ...

Laporan Monitoring SVLK UD Sido Mukti.pdf
IUI Lanjutan serta pemilik Hutan Hak (Hutan Rakyat) berdasarkan Sistem Verifikasi Legalitas Kayu. (SVLK). Berdasarkan P.14/2014, ada beberapa elemen ...