Page 1 voicewrites.org

Belitan Iblis Terhadap Ulama Fiqh ; Sifat Malas- Dr Zaharuddin Abd Rahman

Baik, sekarang kita pergi kepada kitab yang kedua, iaitulah Talbis Iblis. Bab yang kita akan baca ini… Sekali lagi kitab ini karangan Ibnul Jauzi, bukan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, dua insan yang berbeza ya. Biasanya terjemahan kitab Talbis Iblis ini dia tersalah cetak, banyak versi dia tulis Ibnu Qayyim Jauziyah, salah. Ibnul Jauzi, dua insan berbeza hidup di zaman berbeza. Ibnu Jauzi adalah lebih senior, dia meninggal tahun 579 Hijrah, manakala Ibnu Qayyim Jauziah meninggal tahun 751 tak salah saya eh. Jauh tu, 200 tahun berbeza. Baik akan kita bincang pada hari ini karangan kitab Ibnu Jauzi Rahimahullah wanafaqna biilmihi insyaAllah. TabarakaAllahu fihi wafina insyaAllah. Yang mana pada bab menyatakan belitan iblis pada ahli fiqah. Haaa yang ni. Ni saya baca ni tersentap banyak kali ini. Ceyh bahasa orang muda tu, sentap kan? Baca ini memang sentap sentiasa bagi saya dan juga patutnya kepada semua orang yang mengkaji hukum hakam. Termasuklah orang awam yang sudah berani memberi hukum hakam dalam Facebook dan Instagram. Baik, kita ada banyak ni point-point yang penting. Saya pergi dengan cepat dan pantas. Disebutkan dekat sini yang pertama, sebelum dia masuk pada jenis jenis talbis, dia sebut muqadimahnya. Berkatalah pengarang, saya terus terjemah supaya tuan tuan tak pening kepala. Adalah ulama’ ulama’ fiqah pada zaman dahulu mereka semuanya ahli Quran dan hadis sekaligus. Kebanyakannya pakar dalam Al Quran dan pakar dalam Hadis dua-dua sekaligus. Dan benda itu berterusan sehinggalah ada ulama’ ulama’ mutaakhirun, ulama’ ulama’ fikah yang terkemudian. Ha terkemudian itu zaman dia itu, bukan zaman kita. Zaman kita ini lagilagi lah terkemudian. Zaman dia tahun 500 Hijrah pon dah wujud ulama’ fikah yang dah mula nak ambik ringan. Sebab, dia kata apa, ulama’ itu berkata “Cukuplah kita tahu ayat-ayat hukum sahaja daripada Quran, tak payah tahu semua sekali”. Haa jadi bagi dia, benda itu adalah satu benda yang tak bagus. Patutnya ulama’ kena ambik yang maksimum. Tak boleh nak membuat excuse. “Ala kita ulama’-ulama’ fiqah kita tahu ayat-ayat hukum cukuplah”. Haa itu tak bagus bagi dia.

Page 2 voicewrites.org

“Dan kita cukup sekadar, kita pegang kitab yang masyhur daripada hadis cukup lah”, ha ini dia kata. Sebagai contoh, Sunan Abi Dawud dan Sunan yang enam tulah, maknanya yang lain lain tak payah ambik tahu lah. Ha jadi itu adalah, benda yang bagi dia, benda yang memulakan Talbis Iblis. Ibnu Jauzi berkata, “Dan ulama’ fikah yang begini kemudian mengambil ringan perkara ini, dan kemudian mereka jadilah sampai satu keadaan, ada di antara mereka yang berhujah dengan satu ayat yang mereka sendiri tak paham ayat itu dengan jelas. Ataupun menggunakan satu hadis, hadis itu sahih ataupun tidak sahih. Dan kemudian kemungkinan mereka berpegang pada qiyas-qiyas, ini analogi, qiyas, yang bercanggah dengan hadis sahih. Ini adalah kerana mereka lagi tidak mengambil berat kepada urusan ilmu-ilmu hadis”. Habis. Dan kemudian dia takrifkan puak. “Fiqah itu sendiri maksudnya mengeluarkan hukum daripada dalil-dalil daripada Quran dan sunnah. Bagaimana boleh seorang ulama’ fiqah mengeluarkan sesuatu daripada benda yang dia tak tahu”. Maknanya ulama’ fiqah itu, ertinya dia keluarkan hukum daripada dalil-dalil, daripada Quran dan sunnah. Kalau dia tak tahu Quran dan sunnah dengan bagus macam mana dia boleh keluarkan hukum daripadanya. Haa kata Ibnu Jauzi. Dan bagaimana dia boleh keluarkan daripada, pegang daripada satu hadis sedang dia tak tahu hadis itu punya tahap sahih atau dhaif. Atau maudhu’. Dan dia kata lagi, bahawa, pada zaman dia ini, dia kata “Apabila nak mengetahui sahih atau tidak sahih, apabila nak mengetahui ilmu Al Quran dan Hadis”, memang, dia kata, “manusia, ulama’ memerlukan kepada musafir yang panjang”. Zaman dia lah. Zaman kita musafir pendek je. Daripada meja, eh daripada sofa ke komputer. Haa dekat je. Musafir yang dekat. Musafir zaman dulu jauh. Daripada Madinah pergi ke Mekah, daripada Iraq pergi ke Madinah, daripada Baghdad pergi ke Basra, pergi ke Mekah, pergi ke, jauh tuan tuan eh. Dan tak ada kapal terbang. “Lalu dia membawa kepada banyak keletihan. Maka atas sebab itu, pada zaman kita telah banyak kitab dikarang. Dan sunah-sunah Nabi pun banyak telah dimasukkan dalam kitab-kitab ini dan telah stabil lah dia punye ilmu. Dan telah banyak diketahui mana hadis yang sahih, mana yang tak sahih”. Ini zaman dia, tahun 500 Hijrah. “Tetapi malangnya ramai ulama’ terkemudian yang malas untuk menelaah taraf hadis dan hadis-hadis ini punya kesahihan”. Sehingga, Ibnu Jauzi kata, “Sehingga aku lihat sebahagian ulama’ besar fiqah menulis di dalam karangannya, menggunakan lafaz sihah, tapi sebenarnya tidaklah hadis yang sahih. Tidak harus sama sekali Rasulullah bercakap, sabdaan Nabi tak seperti ini” dia kata. Tapi dia tak sebut siapakah ulama’ itu. Sebab kita tahu, dia adalah seorang ulama’ yang kritikal dalam bab hadis sampaikan beliau ada kitab Maudhuat. Jadi beliau sangat tak puas hati ada ulama’ yang dikira ulama’ besar, tapi ada dalam kitabnya hadis maudhu’. Ini yang dia marah ni, tu dia sebut tu. Tak padan sama sekali. Tuan tuan kena faham dia hidup satu zaman dengan, bukan satu zaman, dia lepas satu batch daripada Imam Ghazali. Baik, kemudian, ini semuanya dia kata, adalah satu jenayah kepada Islam. Jadi tuan tuan hatihati, menyebarkan hadis hadis maudhu’ ataupun apa yang berkait dengan Islam, dengan riwayat yang palsu, adalah jenayah kepada Islam dan merosakkan nama Islam. So kalau tuan tuan nak bawak kisah, memang kisah tidaklah macam hadis. Tapi kalau kisah itu berkait dengan nabi-nabi, haa kena berhati-hati. Kalau kisah itu tidak berkait dengan Nabi, dia berkait

Page 3 voicewrites.org

dengan ulama’ je ke, berkait dengan Sheikh Abdul Kadir Jailani ke, takpelah, boleh lah sikitsiit, yang ringan. Sebab dia tiada insignificant yang besar, dia tak boleh jadi dalil. Tapi kalau berkait dengan Nabi Muhammad, wow, sangat berat. Kalau berkait dengan Nabi Adam contohnya, kan? Turun kat Kedah ke, haa yang ni berat sikit tuan tuan. Ni nak kena check double check lagi eh. Nabi Musa punya tongkat dia ambik dari kayu daripada negeri tertentu ke, ini bahaya sikit tuan tuan. Dari sudut jenayah kepada Islam yang disebut oleh Ibnu Jauzi tadi. Kalau ade kaitan dengan Nabi. Kalau tiada kaitan dengan Nabi haa takpelah kamu nak mengarut banyak pon, takpelah. Kat mana-mana pon, tak berat sangatlah. Sebab, kesucian Nabi tidak tercarik. Eh. Oke. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Biodata Ringkas Ibnul Jauzi. Nama lengkap beliau adalah 'Abdurrahman bin Abil Hasan 'Ali bin Muhammad bin 'Ubaidillah al-Qurasyi. Kakeknya terkenal dengan sebutan Ibnul Jauzi (anak kelapa), karena kelapa yang ia miliki di Wasith, di mana di sana sama sekali tidak ada kelapa selain milik beliau. Beliau lahir pada tahun 510 H. Ayahnya meninggal ketika beliau berumur tiga tahun, lalu beliau diasuh oleh bibinya (dari pihak ayah). Ketika beliau mulai tumbuh, bibinya membawa beliau kepada al-Hafizh Ibnu Nashir, lalu beliau belajar kepadanya dan menghasilkan ilmu dalam memberikan wejangan yang tidak dihasilkan oleh seorang pun selainnya, bahkan diceritakan bahwa sebagian majelisnya dihadiri oleh lebih dari 100 000 orang. Ibnul Jauzi menulis buku 2000 jilid dengan tulisan tangan beliau, 100 000 orang telah bertaubat dengan perantaraannya dan 20 000 orang masuk Islam dengan perantaraannya pula. Ibnul Jauzi rahimahullah memiliki perawakan yang LEMBUT, tabiat yang MANIS, suara yang MERDU dan gerakan yang TERATUR, beliau tidak pernah menyia-nyiakan waktu sedikit pun, sehingga beliau dapat menulis empat buku tulis setiap hari. Beliau memiliki peran dalam semua bidang ilmu, beliau adalah seorang yang sangat menonjol dalam bidang tafsir, memiliki gelar al-Hafizh dalam bidang hadits, termasuk ulama yang sangat luas dalam bidang sejarah, bahkan beliau memiliki satu buku dalam bidang KEDOKTERAN yang diberi nama "Kitab al-Luqath". Beliau wafat pada tahun 597 H, mendekati 90 tahun dari usianya dan dimakamkan di pemakaman Bab Harb. Semoga Allah Ta'ala merahmatinya, amin. Sumber: http://abu-maryamhaazimah.blogspot.co.uk/2013/03/biografi-ringkas-imam-ibnuljauzi.html URL Video: https://www.youtube.com/watch?v=fWV4wHG_qTI

Page 4 voicewrites.org

Terima Kasih: 

Official Dr. Zaharuddin Abd Rahman 

Website Zaharuddin.net



Facebook Rasmi



Facebook Zaharuddin.net



Google+

Disediakan oleh: Muhammad Haris Hamzah [email protected]

Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis.pdf

nak membuat excuse. “Ala kita ulama'-ulama' fiqah kita tahu ayat-ayat hukum cukuplah”. Haa. itu tak bagus bagi dia. Page 1. voicewrites.org. Page 1 of 4 ...

526KB Sizes 2 Downloads 214 Views

Recommend Documents

Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis.pdf
Sumber: http://abu-maryamhaazimah.blogspot.co.uk/2013/03/biografi-ringkas-imam-ibnul- jauzi.html. URL Video: https://www.youtube.com/watch?v= ...

Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis.pdf ...
There was a problem loading this page. Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis.pdf. Dr Zaharuddin Abd Rahman Talaqqi Kitab Talbis Iblis.pdf.

Duit KWSP - Dr. Zaharuddin Abd Rahman.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Duit KWSP - Dr.

Dr. Khawaja Rahman CV.pdf
outdated plumbing Milwaukee Journal Sentinel. ❏ Water and land ... Page 3 of 5. Page 3 of 5. Dr. Khawaja Rahman CV.pdf. Dr. Khawaja Rahman CV.pdf. Open.

Rahman Abdur
EDUCATION. ▫ Tokyo National ... Master of Arts, music (ethnomusicology). April 2006 ... Bangladesh). Secondary School Certificate in Science, first class. 1989.

16. Kitab Nikah.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 16. Kitab Nikah.

Rahman 142.pdf
Page 2 of 4. Page 3 of 4. Rahman 142.pdf. Rahman 142.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Rahman 142.pdf. Page 1 of 4.

33. Kitab Iktikaf.pdf
Sign in. Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying.

22. Kitab Puasa.pdf
Sign in. Loading… Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Whoops! There was a problem previewing this document. Retrying.

KATALOG KITAB 2016 PDF.pdf
98 المصباحالمنيرتهذيبابنكثير المباركفوري المكتبةالاسلامية 000.350. Page 3 of 10. KATALOG KITAB 2016 PDF.pdf. KATALOG KITAB 2016 PDF.pdf. Open.

sekwlwjeh-aldhakrh-qdaea-abd-ar_PTIFF.pdf
Page 3 of 324. sekwlwjeh-aldhakrh-qdaea-abd-ar_PTIFF.pdf. sekwlwjeh-aldhakrh-qdaea-abd-ar_PTIFF.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

David Rahman appointment publications working ...
Ohio State University (Decentralization Conference); MIT/Harvard (Theory Work- shop); University of Minnesota; May: Ravello, Italy (Personnel Economics Confer- ence); June: San Jose (ACM EC11 Implementation Theory Workshop); St. Louis. (Econometric S

339-341 RAHMAN-3.pdf
DETEKSI Polymerase Chain Reaction (PCR) TERHADAP BAKTERI Liberobacter. aciattikum PADA TANAMAN JERUK TERSERANG PENYAKIT CVPD YANG.

Entrepreneur Observation Dania Arsella Rahman 19714156.pdf ...
... have any other choices other than develop a small business to fulfill their. needs, they also don't have any ability to discover the business opportunities. While.

bsabdur rahman university, vandalur, chennai ... -
B.S.ABDUR RAHMAN UNIVERSITY, VANDALUR, CHENNAI - 600 048. ASSESSMENT MARKS. 03/12/2013. Date : Batch. : Programme. : Branch. : Semester :.

0.shahih bukhari-kitab 'ilmu.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. 0.shahih ...

0.kitab syarh masail jahiliyyah.pdf
IlmuSyari.com | Download kitab & audio kajian Islam. Page 3 of 189. 0.kitab syarh masail jahiliyyah.pdf. 0.kitab syarh masail jahiliyyah.pdf. Open. Extract.

Kitab Syarh Ushul as Sittah.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Kitab Syarh ...

alabaad-alasaseh-llshkhseh-abd-ar_PTIFF.pdf
Page 3 of 472. Page 3 of 472. alabaad-alasaseh-llshkhseh-abd-ar_PTIFF.pdf. alabaad-alasaseh-llshkhseh-abd-ar_PTIFF.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In.

Osomapto Attojiboni Biography of Sheikh Mujibur Rahman PDF.pdf ...
Page 1 of 345. Page 1 of 345. Page 2 of 345. Page 2 of 345. Page 3 of 345. Page 3 of 345. Osomapto Attojiboni Biography of Sheikh Mujibur Rahman PDF.pdf.

Abd Allah b. Muawiya and the Janahiyah.pdf
fi Sharh Risdla ibn Zayddin (Cairo, 1964), 347; Ahmad ibn Muhammad ibn Sa'id. al-Hamdini= Ibn 'Uqda, Dhikr al-NabT trans. by Nabia Abbott, Studies in Arabic.

JEE Main 2014 Question Paper abd Solution.pdf
The pressure that has to be applied to the ends of a steel wire of length 10 cm to keep its length constant ... If a student makes an error measuring 0.01 V while ... A parallel plate capacitor is made of two circular plates separated by a distance .