(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

TAJUK 1 ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA 1.0

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa; termasuklah Integrasi Nasional, Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan, Kepelbagaian Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Gejala Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.

1.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa.

ii.

Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional.

iii.

Menerangkan pendemokrasian pendidikan .

iv.

Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan pendemokrasian pendidikan.

v.

Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO.

vi.

Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO.

vii.

Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan.

viii.

Mengenal pasti ciri –ciri dalam kepelbagaian budaya.

ix.

Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan.

x.

Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.

xi.

Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial dalam Masyarakat.

xii.

Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.

1

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

1.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa Integrasi Nasional Pendemokrasian Pendidikan

Tonggak Pendidikan UNESCO

Globalisasi dalam Pendidikan

Kepelbagaian Budaya

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Gejala Sosial Konsep Isu Pendidikan Semasa Cabaran Kepada Guru Cara Menangani

1.3

Pengenalan - Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan

2006-2010

Pendidikan Malaysia 2013-2025.

dan

Pelan

Pembangunan

Namun begitu dalam melaksanakan

dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global. 2

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Guru

sebagai

pelaksana

utama

dalam

bidang

pendidikan

berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan dengan semua cabaran tersebut.

1.4

Integrasi Nasional

1.4.1 Definisi Apakah maksud integrasi nasional? Menurut Vyas (1993), integrasi nasional bermaksud ”Satu proses atau pun matlamat di mana semua penduduk dalam sesuatu wilayah tertentu hidup bersama selama-lamanya dan saling menghormati tanpa mengira agama, perbezaan etnik dan bahasa serta sudi berkongsi pengalaman, latar belakang, sejarah dan nilai.”

1.4.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera,

Cina

dan

India.

Komposisi

populasi

sebegini

telah

menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni, kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan 3

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2005).

Perbincangan Sila berbincang dalam kumpulan bagaimana Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan, Polisi Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dapat membentuk negara Malaysia yang aman, damai, dan harmoni.

1.4.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut: 

Perbezaan dalam agama dan budaya



Polisi pecah perintah British



Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah



Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik



Penempatan

geografi

yang

berbeza

berdasarkan

sumber

pendapatan kumpulan etnik 

Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

Perbincangan Bincangkan dengan lebih terperinci kesan dan cabaran integrasi nasional berdasarkan aspek-aspek di atas dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai.

4

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 

Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian yang sama di semua sekolah.



Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan kumpulan etnik yang berbeza.



Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata pelajaran.



Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 2003.



Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.

1.4.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif pelan ini adalah: i.

Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-aktiviti khas.

ii.

Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga jenis sekolah

iii.

Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersamasama secara maksimum.

5

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah: 

Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik



Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan



Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum



Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial



Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik Perbincangan Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan sejauh

manakah

dasar-dasar

yang

diperkenalkan

oleh

Kementerian Pelajaran boleh mencapai objektif dalam membina integrasi nasional dalam kalangan pelajar.

1.4.4.2 Konsep 1 Malaysia Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang membimbing kita ke arah destinasi itu.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang, ketabahan, rendah hati, penerimaan, 6

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai wawasan 2020.

1.5

Pendemokrasian Pendidikan

1.5.1 Definisi Pendemokrasian

pendidikan

merujuk

kepada

kesamarataan

peluang untuk semua orang yang mana melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum yang berkaitan dan kerjakerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. 7

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta. Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat. 1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan Pelbagai

cabaran

telah

dihadapi

oleh

kerajaan

dalam

melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di sekolahsekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga

8

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) perlu diajar oleh guru-guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.

1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan Guru

memainkan

peranan

dalam

merealisasikan

matlamat

pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi, latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguru perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik. Memikir Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

boleh

mencapai

objektif

dalam

pendemokrasian

pendidikan dalam kalangan pelajar.

Perbincangan Bincang dalam kumpulan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pendemokrasian pendidikan dalam kalangan murid daripada pelbagai etnik terutama di Sabah dan Sarawak.

Perbincangan Bincang dalam kumpulan peranan guru dalam mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan.

9

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

1.6

Tonggak Pendidikan UNESCO

1.6.1 Pengenalan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.

1.6.2 Belajar Untuk Mengetahui Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk

mengetahui

melibatkan

proses

pembelajaran

untuk

memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan yang baru.

10

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.6.3 Belajar Untuk Melakukan Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada masa hadapan. Dalam erti kata lain,

seseorang

pengetahuan

itu

mampu

untuk mencipta

inovasi

berdasarkan

yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan

profesional seperti kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah adalah faktorfaktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

1.6.4 Belajar Untuk Menjadi Apa Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil. Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara 11

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) hidup mereka. Cabaran yang dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan

begini

boleh

ditingkatkan

melalui

kerja

berkumpulan,

pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek. 1.6.5 Belajar Untuk Hidup Bersama Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajarpelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama. 1.6.6 Cabaran kepada guru Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosioekonomi, intelektual, kepercayaan dan agama. 12

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.6.7 Cara guru menangani cabaran Guru-guru bekerjasama

perlu

dengan

menekankan

orang

lain

demi

kepentingan

toleransi

dan

mencapai

keamanan

dan

keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran. Memikir Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, buat refleksi tentang aktiviti pengajaran yang pernah anda laksanakan bagi mencapai 4 tonggak pendidikan UNESCO.

Latihan Bincang dalam kumpulan bagaimana tonggak pendidikan UNESCO dapat membantu negara untuk mencapai Wawasan 2020.

1.7

Globalisasi dalam Pendidikan

1.7.1 Definisi Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen dan pengangkutan.

Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk 13

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut: 

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.



Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.



Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan.



Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.



Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.



Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.



Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.



Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.



Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.



Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia.



Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.

14

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan

sistem

pendidikan

di

Malaysia

kerana

kita

perlu

menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut: 

Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan



Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi



Pentadbiran pendidikan



Pembangunan identiti pelajar



Kualiti Guru



Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi



Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran



Peningkatan dalam beban kerja



Sikap guru dalam pengajaran di zaman global



Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi



Pengaruh negatif kepada identiti pelajar



Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk 15

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini. Memikir Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, buat refleksi tentang aktiviti pengajaran yang pernah anda laksanakan yang menggalakkan pelajar untuk menggunakan internet dengan berkesan. Latihan Bincangkan kesan-kesan negatif globalisasi pada aspek-aspek berikut:  Negara  Sekolah  Guru  Pelajar  Individu

1.8

Kepelbagaian Budaya

1.8.1 Definisi Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri daripada

bangsa

utama

iaitu

bangsa

Melayu,

Cina

dan

India.

Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan 16

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) budaya dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik, agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara sesama kaum.

Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: (1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), (2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan (3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka).

1.8.2 Isu Pendidikan Semasa

Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar. Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar : Positif 

Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya



Membentuk interaksi sosial yang baik



Memperkembangkan bakat

Negatif 

Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan



Masalah komunikasi dan bahasa



Sukar mewujudkan persefahaman



Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

17

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 1.8.3 Cabaran Kepada Guru Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di sekolah.

Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana : i.

menerima dan menghargai identiti setiap kaum.

ii.

menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).

iii.

menghargai keunikan budaya.

iv.

mempunyai

kemahuan

untuk

berkongsi

persamaan,

sedia

bekerjasama. v.

bersekutu memajukan bangsa.

1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab (2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciriciri ini adalah merupakan satu asas bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia. 18

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut : 

Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan



Guru

hendaklah

bersedia

melayani

murid-murid

mengikut

kebolehan dan sifat mereka yang berlainan. 

Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya



Mempelbagaikan kaedah pengajaran



Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid



Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid



Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas Memikir Mengikut pengalaman anda di sekolah, berikan satu contoh situasi bagaimana guru anda menangani pelajar pelbagai budaya di dalam kelas anda.

Latihan Anda

dikehendaki

membentuk

kumpulan

bertiga

dan

melaksanakan tugasan berikut: Mencari maklumat dan membuat buku skrap/folio bertemakan warisan kesenian pelbagai kaum.

1.9

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.9.1 Definisi Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan.

Pengaplikasian

teknologi

ini

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, 19

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. 1.9.2 Isu Pendidikan Semasa Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?

Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

1.9.3 Cabaran Kepada Guru Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap. 

Kemahiran Teknologi Maklumat Guru

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting

bukan

sahaja

untuk

meningkatkan

keberkesanan

proses

pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan 20

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul cabaran ini. 

Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru

Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat.

Tahap

pengetahuan

teknologi

maklumat

guru

boleh

ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga. 

Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah. 

Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat

Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, 21

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi. Tetapi sejauh manakah guru-guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut? 

Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan

Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga menghadapi cabaran bagaimana hendak mendidik generasi muda menggunakan internet secara berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh negatif internet. Kesimpulannya,

selain

kemahiran

alatan

produktiviti

iaitu

pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek. Akhir

sekali,

yang

lebih

penting

adalah

kebolehan

untuk

menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus. Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. 1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika 22

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah: 

sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.



prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.



tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir.



peruntukan

wang

mestilah

mencukupi

untuk

menggerakkan

perkembangan TMK. 

hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

Memikir Cuba anda fikirkan sejenak, sejauh manakah anda bersedia dari aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap terhadap TMK? Catatkan refleksi anda dan berkongsi rakan sekelas anda.

Latihan Bincangkan implikasi positif dan negatif perkembangan teknologi maklumat

dan

komunikasi

dalam

pendidikan

dengan

menggunakan bentuk grafik yang sesuai.

1.10 Gejala Sosial 1.10.1 Definisi Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada 23

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya.

Zainal

dan

Sharani

(2004)

pula

menyatakan

pengaruh

persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja. 1.10.2 Isu Pendidikan Semasa Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah: 

Faktor Ekologi Keluarga



Faktor Ekologi Sekolah



Rakan Sebaya 24

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Media massa/Internet



Modenisasi. Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah

menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak muda supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan negara. 1.10.3 Cabaran Kepada Guru Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru. 1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala Sosial Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:

25

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Peranan Ibu Bapa 

mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul



meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka



mengamalkan nilai-nilai agama

Peranan Guru 

merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar



mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya menarik minat murid



mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan murid yang bermasalah



memupuk nilai-nilai murni

Peranan Rakan Sebaya 

menjadi role model



memberi motivasi



medengar dan memberi sokongan

Peranan Diri Sendiri 

mengubah sikap negatif



yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan



dekatkan diri dengan Tuhan

Peranan Polis 

penguatkuasaan undang-undang Memikir Sebagai seorang guru, adakah anda peka dengan gejala sosial yang berlaku di sekolah anda? Senaraikan beberapa gejala sosial yang berlaku di sekolah anda; kenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala sosial tersebut, dan cadangkan cara-cara untuk menanganinya. 26

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Latihan Anda dikehendaki membaca artikel pilihan sendiri berkenaan dengan gejala sosial. Seterusnya hasilkan satu penulisan kritikal tentang artikel tersebut.

Layari Internet Sila melayari pautan berikut untuk bacaan tambahan. 1.

http://eprints.utm.my/6169/1/gejala_sosial.pdf

2.

http://eprints.utm.my/12174/1/JEPC-2011-1-007.pdf

1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara 1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam Negara Antara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI ini yang mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju kepada

pembentukan

modal

insan.

Dalam

usaha

meningkatkan

pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah sebagai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik. Antara sekolah yang mendapat pengiktiran adalah seperti berikut:

27

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Jadual 1.1 Sekolah yang mendapat pengiktiran Sekolah SK.Ulu Lubai, Sarawak SK. Zainab 2, Kelantan SJK (C) Foon Yew (2), Johor

SM. Sultan Abdul Hamid, Kedah SMK. Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Kejayaan yang dicapai 100% kadar lulus dalam UPSR sejak 2006. Sekolah luar bandar pertama di Malaysia yang mencapai status SBT Tekal antara sekolah terbaik dalam UPSR. Prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti taekwondo dan pengucapan awam Tekal antara sekolah terbaik dalam UPSR. Rekod pencapaian cemerlang dalam pertandingan akademik peringkat antarabangsa dalam Matematik dan Bahasa Cina 100% kadar lulus dalam SPM. Prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti orkestra dan ragbi 100% lulus dalam SPM bagi 5 tahun berterusan. Rekod cemerlang dalam aktiviti kesukanan antarabangsa, khususnya renang.

Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 – 2015.

Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil daripada pelbagai program pendidikan yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan membuat bacaan luas dengan merujuk pengkelasan sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu; i.

Pendidikan Integrasi

ii.

Pendidikan Inklusif

iii.

Sekolah Kurang Murid

iv.

Sekolah Kluster Kecemerlangan

v.

Sekolah Jalinan Kasih

vi.

Sekolah Dalam Hospital

28

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Perbincangan Analisis corak pengurusan yang diamalkan di sekolah tempat anda bertugas. Banding bezakan corak pengurusan sekolah anda dengan mana-mana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Bincangkan dapatan ini dengan pensyarah anda semasa sesi kuliah.

1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat Antarabangsa Keputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar

Malaysia

yang

membimbangkan

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013).

(moe.gov.my/en/pelan-

Namun

terdapat

banyak

kejayaan yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding dengan piawaian antarabangsa. Sebagai buktinya, lihat pencapaian pelajar-pelajar negara kita dalam jadual di bawah.

Jadual 2 Contoh terkini pencapaian murid Malaysia pada peringkat antarabangsa

Tahun Julai 2012

Pertandingan

Pencapaian

8th International Exhibition for Young Inventors, Thailand Genius Olympiad 2012 International High School Project Fair on Environment, New York 2nd International Folk Song and Dance Festival, Georgia 5th Asian Schools Badminton Championship, Hong Kong

Pasukan Malaysia memperoleh pingat emas bagi rekacipta mereka Dua orang murid berumur 14 tahun berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini Pasukan Malaysia seramai 15 orang memenangi Diploma Emas dan Perak Pasukan Malaysia seramai 16 orang pemain memenangi 3 pingat emas, 4 perak dan 9 gangsa 29

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Tahun Jun 2012

Pertandingan

Pencapaian

The Invention and New Product Exposition, Amerika Syarikat

Pasukan Malaysia memenangi pingat emas dalam kategori reka cipta pendidikan

4th ASEAN School Games, Indonesia Mei 2012 Okt 2011

Julai 2011

Dis 2010

Nov 2009

Pasukan Malaysia seramai 200 orang atlet memenangi sejumlah 100 pingat; menduduki tempat ketiga keseluruhan. English Speaking Union Seorang murid berumur 17 tahun International Public Speaking muncul sebagai pemenang terbaik Competition, London Malaysia yang pertama ASEAN Primary School Sports Sekumpulan 36 orang murid Olympiad, Indonesia memperoleh tempat kedua keseluruhannya; memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa nd 52 International Pencapaian cemerlang murid Mathematical Olympiad, Tingkatan 4 dengan mendapat pingat Belanda emas pertama Malaysia. 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut membanggakan nd 42 International Physics Seorang murid Malaysia memperoleh Olympiad, pingat emas dan anugerah khas Thailand daripada European Physical Society International Competitions and 68 orang murid Malaysia memperoleh Assessments for Schools 94 pingat emas dan menerima pujian (ICAS)1 pada peringkat antarabangsa World Robot Olympiad (WRO), Korea Selatan

Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah, memperoleh pencapaian yang cemerlang keseluruhan di Korea Selatan – memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut

SUMBER: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sukan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025).

30

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Perbincangan Berdasarkan

keputusan

pentaksiran

TIMSS

dan

PISA,

didapati

pencapaian pelajar negara kita jauh ketinggalan berbanding dengan negara lain. Namun, pencapaian pelajar negara kita dalam pertandingan pada peringkat antarabangsa menunjukkan bukti yang sebaliknya. Bincangkan mengapakah senario ini berlaku?

Rujukan Department of National Unity and National Integration. (2005). Retrieved from http:// www.jpnin.gov.my/en/isytihar_krn Dewey, J. (1996). Democracy and education. www.gutenberg.org/files/852/852-h/852-h.htm

Retrieved

from

http://

Financial Times Lexicon. (2013). Globalisation Definition from Financial Times Lexicon. Retrieved from :http://lexicon.ft.com/term?term=globalisation Kiyao, R. (1981). Democratization of education: A Tanzania case. Retrieved from http:// unesdoc.unesco.org/images/0004/000466/046603EB.pdf Collin Dictionary. (2013). Vyas, M. K. (1993). National integration and the law: Burning issues and challenges. New Delhi: Deep & Deep Publications.

31

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

TAJUK 2 2.0

GURU DAN PERUNDANGAN

SINOPSIS Golongan

guru

hendaklah

memastikan

martabat

dan

profesionalisme keguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan

yang

lain

dalam

melaksanakan

tanggungjawab

yang

diamanahkan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 yang telahpun dibuat pindaannya pada

2002 bagi menjaga nama baik profesión serta

perkhidmatan awam.Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus difahami

dengan teliti oleh golongan guru demi menjayakan matlamat

pendidikan negara. 2.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Mengetahui dan memahami peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib 1993, pindaan 2002), serta kepentingannya ketika menjalankan tugas rasmi sebagai seorang penjawat awam.

ii.

Mengetahui

dan

memahami

Akta

Pendidikan

1996

dan

kepentingannya kepada perkhidmatan perguruan. iii.

Mengetahui dan memahami implikasi peraturan-peraturan dan akta pendidikan ketika menjalankan tugas rasminya.

32

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 2.2

KERANGKA TAJUK-TAJUK Guru dan Perundangan

Peraturanperaturan pegawai awam

2.3

Implikasi kepada profesion

Akta Pendidikan 1996

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) Pengenalan Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi semua etika penjawat awam sepertimana yang termaktub di dalam Tatakelakuan (code of conducts) bagi semua penjawat awam seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D, Perintah Am (Warta kerajaan P.U.(A)395 pindaan 2002). Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang

didapati

melanggar

mana-mana

peraturan

supaya

dapat

memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain. Di antara peraturan tersebut dan berkaitan dengan tugas seorang guru adalah seperti di bawah. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,

(Pindaan) 2002

(P.U.A.246).

yang telah mula

diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut: 

Jenis-jenis kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.

33

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Jenis-jenis tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan



Hukuman Tindakan Tatatertib

PERATURAN 3A Penjawat

awam

wajib

mematuhi

peraturan-peraturan

yang

telah

ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar. PERATURAN 3B Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan. PERATURAN 3C Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib. Peraturan 4 (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-

34

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut: •

Bersubahat dengan musuh negara



Membocorkan rahsia Kerajaan.



Memburuk-burukkan

serta

memperkecil-kecilkan

dasar

serta

tindakan Kerajaan. •

Menjadi Anggota Jemaah Islamiah



Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh: 

membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya



berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya



berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa



seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam



seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha



seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah



seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab



membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar



membantah atau melawan pegawai atasan



cuai dalam melaksanakan tugasnya

PERATURAN 7:

Sekiranya

Menyalahgunakan Dadah, Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49]

pegawai

mencapai

umur

persaraan

pilihan.

Contoh

pelanggaran peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah. 35

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

PERATURAN 9 : Menerima/ Memberi Keraian Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain]. PERATURAN 11 :

Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.

Seseorang pegawai tidak boleh; 

menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.



menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

PERATURAN 12 :

Meminjam Wang/ Menjadi Penjamin Tidak Boleh Meminjam Wang / Menjadi Penjamin Kepada Mana-Mana Orang.

PERATURAN 13 : Keterhutangan Kewangan yang Serius Peraturan 13.(1)Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

Seseorang

pegawai

hendaklah

disifatkan

sebagai

berada

dalam

keterhutangan kewangan yang serius jika (a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya. PERATURAN 16 : Tidak Boleh Terlibat Dalam Pasaran Hadapan

36

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH

PELANGGARAN

menulis/menerbit

buku

PERATURAN

dengan

18

menggunakan

adalah

seperti

maklumat

rasmi

terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit). PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/ majalah/jurnal kecuali, penerbitan 

Jabatan



Profesional



Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik



Diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

PERATURAN 6 : Pakaian Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti; 

Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar



Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain

Rumusan Guru merupakan seorang penjawat awam yang memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh kerajaan. Sebagai penjawat awam, guru perlu menunjukkan darjah profesional yang tinggi disamping sentiasa bertindak dan

berkelakuan

sepertimana

yang

dikehendaki oleh segala peraturan kelakuan dan tatatertib yang termaktub di dalam perintah am.

37

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Memikir KES TATATERTIB PENJAWAT AWAM MENINGKAT 36.2 PERATUS Utusan Malaysia 16/10/2009 SEREMBAN 15 Okt. - Kes-kes tatatertib melibatkan penjawat awam atas pelbagai salah laku meningkat sebanyak 36.2 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sejumlah 3,383 kes tatatertib direkodkan pada tahun lalu berbanding 2,159 kes pada 2007. "Perkhidmatan awam negeri mencatatkan pertambahan paling tinggi iaitu 57.62 %, pihak PBT 30% dan perkhidmatan awam Persekutuan 27.43%,"jelasnya. Mohd. Sidek menjelaskan, kes-kes tersebut membabit pelbagai salah laku seperti tidak hadir bertugas yang melibatkan semua kumpulan anggota awam. Senario itu memberi gambaran bahawa tahap integriti dan disiplin penjawat awam semakin menurun. "Peningkatan kes tersebut boleh ditangani oleh kesedaran meluas di kalangan ketua jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan," tambahnya. Pada pandangan anda, apakah punca berlakunya kes-kes tatatertib yang sedemikian dan bagaimanakah anda sebagai penjawat awam boleh membantu untuk mengurangkannya. Bincangkan. 2.4

Akta Pendidikan

2.4.1 Akta Pendidikan 1996 

merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.



bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.



Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.



Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.

38

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 2.4.2 Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk; 

memperluaskan

skop

dan

memperkenalkan

perundangan

mengenai pendidikan. 

Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.



Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.



mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.



memperkukuhkan

kedudukan

bahasa

kebangsaan

sebagai

bahasa pengantar utama. 

penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.



menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.



Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.



memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.



mempertingkatkan pendidikan teknikal.



memperkukuhan latihan perguruan.



pendidikan swasta yang lebih sistematik.



memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

2.4.3 Antara kandungan Akta Pendidikan 1996 

Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.



Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

39

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.



Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.



Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.



Seksyen

37

dan

seksyen

38

membolehkan

politeknik

mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain. 

seksyen

47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab

pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. 

seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.



Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.



Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.



Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan

program

"twinning"

dan

"lingkage"

hendaklah

mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu. Rumusan Akta Pendidikan merupakan asas kepada Sistem Pendidikan Kebangsaan yang di dalamnya terkandung segala pekara yang berkaitan dengan pendidikan Negara yang bertunjangkan falsafah pendidkan 40

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) kebangsaan. Kefahaman seseorang guru tentang kepentingan akta ini adalah amat mustahak ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik supaya selari dengan hasrat, visi dan misi kementerian pendidikan dan kerajaan amnya. Memikir Kaji dan analisis kandungan seksyen-seksyen yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang telah diperuntukkan kepada kumpulan anda. Anda dikehendaki menyatakan implikasi pelaksanaan seksyen tersebut sama ada terhadap murid-murid, guru-guru, sekolah, kurikulum atau Sistem Pendidikan Negara. Latihan 1 Bincangkan mengapakah seorang guru sebagai penjawat awam perlu untuk mematuhi segala peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) ketika menjalankan tugas rasminya. Rehat Berehatlah seketika… sebelum anda memulakan latihan kedua

Latihan 2 Buat perbandingan di antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996 serta bincangkan implikasinya kepada sistem pendidikan kebangsaan. Layari Internet Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

41

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Tamat Selamat Mencuba…

2.5

Akta Orang Kurang Upaya (Akta OKU 2008) Orang

Kurang

Upaya

(OKU)

adalah

sebahagian

daripada

masyarakat. Mereka turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Sehubungan itu, adalah menjadi tangungjawab kerajaan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan hidup mereka turut dijaga.

Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU 2008) diperkenalkan berasaskan kepada konsep hak asasi manusia untuk memastikan hak orang kurang upaya seperti masalah fizikal, penglihatan, pendengaran, percakapan dan masalah pembelajaran turut sama mempunyai hak seperti mana orang normal. Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan dengan pendaftaran, perlindungan, pemuliharaan, pembangunan dan kesejahteraan OKU serta penubuhan Majlis Kebangsaan bagi OKU. Akta ini telah telah diluluskan oleh parlimen pada 10 Disember 2007 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Pihak kerajaan juga menumpukan kepada dua sasaran utama iaitu kebolehakasesan dan pekerjaan.

2.5.1 Matlamat Akta OKU 2008 Perundangan negara untuk OKU merupakan satu langkah yang berkesan untuk menyediakan polisi kebangsaan bagi orang kurang upaya. Langkah ini bukan sahaja bagi melindungi hak asasi bagi OKU tetapi juga turut menyediakan ruang untuk melaksanakan hak-hak supaya mereka dapat diintegrasikan ke dalam masyarakat keseluruhannya.

42

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Tafsiran Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut akta OKU 2008 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang menyebabkan

mereka

menghadapi

pelbagai

halangan

lalu

menyekat penyertaan mereka yang sepenuh dan berkesan dalam masyarakat. 

Akta OKU 2008 digubal untk melindungi hak-hak orang kurang upaya. Undang-undang ini dengan jelas menyatakan orang kurang upaya mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Akta ini turut memberikan peluang kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan akses kepada perkara berikut:



Tempat dan Perkhidmatan 

OKU harus mempunyai hak untuk akses dan menggunakan kemudahan

awam,

amenity,

perkhidmatan

dan

pembangunan awam yang sama dengan orang normal. 

Kerajaan perlu mempastikan kesemua kemudahan awam, amenitii,

perkhidmatan

dan

bangunan

direka

bentuk

mengikut kesesuaian atau mesra pengguna dengan OKU. 

Pengangkutan awam 

OKU

harus

mempunyai

hak

untuk

akses

kepada

pengangkutan awam dengan mudah. Kerajaan harus mempastikan

rekabentuk

pengangkutan

awam

yang

bersesuaian dengan semua orang. 

Pendidikan 

OKU tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas tidak keupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan dari pendidikan pra sekolah, rendah, menengah dan tinggi termasuk latihan vokasional serta pembelajaran sepanjang hayat.

43

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Kerajaan dan institusi pendidikan hendaklah menyediakan material sokongan pengajaran seperti bahasa isyarat dan Braille.



Pekerjaan 

OKU

hendaklah

hendaklah

mempunyai

hak

untuk

mendapat pekerjaan dengan peluang yang saksama. 

Majikan

hendaklah

melindungi

hak

OKU

dengan

memberikan kesetaraan dengan orang upaya termasuk peluang yang sama dan pembayaran untuk kerja yang sama nilai dengan orang biasa, keadaan kerja yang selamat dan sihat, daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati. 

Komputer, Maklumat dan Teknologi 

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK hendaklah memastikan OKU mempunyai hak untuk akses kepada TMK atas asas kesetaraan dengan orang upaya.



Kerajaan dan penyedia TMK hendaklah, bagi membolehkan OKU mempunyai akses sedemikian dengan menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi yang boleh akses, bersesuaian

dengan

pelbagai

jenis

ketidakupayaan

mengikut cara yang sesuai dan tanpa kos tambahan. 

Kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan memudahkan penggunaan bahasa isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentative dan alternative dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses yang boleh dipilih oleh orang kurang upaya dalam urusan rasmi.



Kehidupan berbudaya 

Orang kurang upaya mesti mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan berbudaya atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

44

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk mengetahui budaya dan bahasa sendiri, menikmati cara kehidupan seperti orang biasa, menikmati program televisyen, filem, teater, muzim, perpustakaan dan pelancongan.



Habilitasi dan rehabilitasi 

Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal, mental, social dan

vokasional

sepenuhnya

serta

penglibatan

dan

penyertaan sepenuhnya dalam semuaa spek kehidupan. 

Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambi langkah yang sesuai untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal, rehabilitasi danlatihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.



Kesihatan 

Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan



Kerajaan

hendaklah

menyediakan

pakar

terapi

pengucapan,fisioterapidan terapi pekerjaan. 

Kerajaan juga hendaklah mencegah dari berlakunya kurang upaya selanjutnya, imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.



Perlindungan kepada Orang Kurang Upaya yang Serius 

Kerajaan

hendaklah

menyediakan

perlindungan

dan

sokongan untuk memastikan orang yang mempunyai

45

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) kurang upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan yang baik selepas kematian penjaganya. 

NGO yang berniat untuk menyediakan penjagaan institusi kepada orang kurang upaya yang serius atau penjaga kepada orang kurang upaya yang serus haruslah membuat permohonan untuk mendapatkan insentif bagi menyediakan penjagaan daripada majlis.



Pertolongan Ketika Kecemasan 

Orang kurang upaya mempunyai hak untuk dibantu setara dengan orang upaya dalam situasi kecemasan dan berisiko demi

kemanusiaan,

termasuklah

ketika

perang

atau

kemusnahan semulajadi. 2.5.2 Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya Disamping itu, kerajaan hendaklah menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. Peranan majlis ini adalah seperti berikut: 

Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan, organisasi dan syarikat untuk melaksanakan pelan.



Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat kepada kerajaan untuk memajukan meningkatkan sokongan kepada orang kurang upaya.



Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang orang kurang upaya.



Meningkatkan system pendidikan.



Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan ;latihan kemahiran untuk orang kurang upaya.

Rumusan Orang Kurang Upaya adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Mereka berhak untuk menikmati pembangunan negara kita dalam semua aspek seperti pendidikan, perhubungan, TMK, perkhidmatan kesihatan, 46

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain. Tanggungjawab kerajaan dalam membantu Orang Kurang Upaya telah ditunjukkan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya. 2.6

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), 1997 merupakan satu

usaha kerajaan untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan peluang pendidikan dapat diberikan kepada semua warganegara tanpa mengambilkira latarbelakang, status ekonomi atau kecacatan seseorang.

2.6.1 Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, memberi tafsiran; “Murid-murid

dengan

keperluan

khas’

ertinya

murid

murid

yang

mempunyai cacat penglihatan atau kecacatan pengdengaran atau masalah pembelajaran”.

2.6.2 Manakala Program Pendidikan Khas ditafsirkan sebagai; a)

suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang

mempunyai

kecacatan

penglihatan

atau

kecacatan

pendengaran; b)

suatu program pencantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang

mempunyai

kecacatan

penglihatan

atau

kecacatan

pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran; dan c)

satu

program

pendidikan

inklusif

bagi

murid-murid

dengan

keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. 2.6.3 Kelayakan untuk Program Pendidikan Khas Semua pelajar berkeperluan khas yang boleh dididik dan mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain boleh 47

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) diterima

bersekolah

sepertimana

yang

disebut

dalam

Peraturan

Pendidikan Khas 1997, Bahagian II 3(2) seksyen 41 dalam akta Pendidikan 1996. i.

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh

dididik adalah layak menghadiri

program pendidikan khas kecuali bagi murid berikut: a)

murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa, dan

b)

murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

ii.

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan dan Pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan. 2.6.4 Kurikulum Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas. Rumusan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) digubal khusus untuk memastikan pendemokrasian pendidikan dapat diterjemahkan di dalam system pendidikan kebangsaan di mana semua warga mempunyai akses pendidikan tanpa mengira keadaan fizikal serta latar belakang mereka. Komitmen kerajaan juga dengan jelas dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 di bawah tajuk ‘kumpulan berkeperluan khusus’ khasnya untuk golongan sasar ini. 48

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Penambahbaikan peraturan ini juga dilakukan dari semasa ke semasa terutamanya dengan pindaan Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 yang telah diwartakan pada 18 Julai 2013 dan digunapakai pada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang melaksanakan pendidikan khas di seluruh negara. Perbincangan Dengan merujuk kepada bahan bacaan/laman web, bincangkan bagaimanakah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) dan Akta OKU boleh membantu dalam merealisasikan matlamat pendidikan inklusif terhadap murid berkeperluan khas.

RUJUKAN ‘Akta Pendidikan 1996’; http://ipt.moe.gov.my. Surat Pekeliling Perkhidmatan, Bil.1 (2008). Surat pekeliling perkhidmatan, bil.2 (1985). Surat Pekeliling Ikhtisas bil.5/1998, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturanperaturan akta Pendidikan 1996. ‘Undang-undang Malaysia, Perintah Am, Bab A-G’ (2006), International Law Book Service, Petaling Jaya:Selangor.

49

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

TAJUK 3 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID 3.0

SINOPSIS Tekanan emosi bukan sahaja wujud dalam kalangan orang dewasa, malah kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi. Kesan tekanan emosi terhadap kanak-kanak lebih hebat berbanding kesan tekanan terhadap orang dewasa, kerana kanak-kanak kurang pengalaman dan kurang kebolehan untuk mengatasi tekanan emosi. Oleh yang demikian, tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak terutama murid sekolah tidak boleh dipandang ringan.

3.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Menyatakan gangguan emosi dalam kalangan murid.

ii.

Menjelaskan punca-punca gangguan emosi murid.

iii.

Mengenalpasti langkah-langkah bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan murid.

iv.

Menerangkan Hak Asasi Kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Kanak-kanak 1989.

v. 3.2

Menyatakan usaha-usaha melindungi kanak-kanak di Malaysia.

KERANGKA TAJUK

50

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 3.3

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

3.3.1 Gangguan Emosi dalam kalangan murid Gangguan emosi merupakan satu situasi yang menunjukkan seseorang individu mengalami konflik dalaman yang sukar untuk diatasi olehnya. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Gangguan emosi berlaku apabila situasi atau masalah

yang

dihadapi

melebihi

kebolehan

seseorang

untuk

mengatasinya. Gangguan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah. 3.3.2 Tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid Gangguan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Murid yang menghadapi gangguan emosi dapat dikenalpasti melalui beberapa tanda. Di antara tanda-tanda gangguan emosi dalam kalangan murid-murid adalah: 

Kurang selera makan



Loya tekak dan sering muntah



Suka menyendiri / mengasing diri



Sering sakit perut/ sakit kepala



Kemurungan



Kelihatan sedih/ kecewa



Kurang keyakinan diri



Kerap menangis tanpa sebab



Kencing malam 51

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Suka menggigit kuku



Cepat marah



Bertindak agresif/ impulsif



Ketakutan dan kebimbangan yang melampau



Kelihatan lesu/ letih dan sering mengantuk



Kerap diserang penyakit



Bertingkah laku ganjil

Perbincangan Bincangkan dengan rakan sekelas anda langkah-langkah yang boleh anda laksanakan bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami gangguan emosi.

3.3.3

Punca Gangguan emosi Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat. Terri mouro (2004) menyatakan faktor persekitaran sekolah, perstiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain lagi.  Faktor Kekeluargaan -

Keadaan keluarga yang kucar kacir, pertengkaran dan perceraian kedua ibu bapa

-

Status ekonomi keluarga yang tidak stabil serta masalah kewangan

-

hubungan

ahli

keluarga

tidak

rapat,

sering

berlaku

pergaduhan antara adik beradik -

kurang perhatian, penghargaan dan kasih sayang daripada ibubapa

-

penderaan oleh ibu bapa atau penjaga

-

sikap ibu bapa yang pilih kasih 52

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)  Faktor rakan sebaya -

rakan sebaya yang agresif dan sering bergaduh

-

ejekan dan penghinaan daripada rakan sebaya

-

ugutan dan buli rakan sebaya

-

rakan sebaya yang suka menunjuk

-

disingkir dan tidak diterima oleh rakan sebaya

 Faktor Guru -

guru yang mengamalkan pilih kasih /diskriminasi

-

gaya dan kaedah pengajaran yang kurang sesuai

-

kemahiran komunikasi guru

-

guru yang kasar dan agresif

-

Hubungan guru murid yang kurang mesra

-

kepimpinan guru yang autokratik

 Faktor sekolah -

suasana dan persekitaran sekolah tidak kondusif

-

kurang kemudahan infrustruktur sekolah

-

sikap pentadbir sekolah

-

budaya sekolah yang hanya mementingkan kecemerlangan akdemik

-

peraturan dan disiplin sekolah yang terlalu ketat

 Faktor persekitaran -

ahli masyarakat yang materialistik

-

hasad dengki dan prasangka ahli masyarakat

-

kurang persefahaman dalam kalangan ahli masyarakat

-

diskriminasi dalam masyarakat Aktiviti 1 Secara individu, anda dikehendaki membuat nota peta minda mengenai punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid .

53

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 3.3.4 Langkah-langkah bagi mengatasi gangguan emosi murid Gangguan

emosi

dalam

kalangan

murid

tidak

seharusnya

dipandang ringan oleh guru dan ibu bapa. Guru yang profesional dan bertanggungjawab seharusnya prihatin dan sensitif dengan perubahan diri murid yang mengalami gangguan emosi. Seterusnya guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu murid bagi mengatasi gangguan emosi tersebut.

Di antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah: 

Berbincang

secara

peribadi

dengan

murid

tersebut

untuk

mengenalpasti punca gangguan emosi 

Memberi perhatian dan penghargaan yang sesuai kepadanya



Memberi motivasi, dorongan dan sokongan yang positif untuk meningkatkan keyakinan diri dan konsep kendiri



Merujuk murid tersebut kepada kaunselor sekolah



Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga



Kepimpinan guru dan pentadbir yang demokratik



Strategi dan kaedah pengajaran guru yang pelbagai dapat memenuhi kehendak dan keperluan murid



Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Fikirkan Bagaimana anda dapat membantu murid yang mengalami gangguan emosi berpunca daripada tekanan guru di sekolah anda.

54

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 3.4

HAK ASASI KANAK-KANAK 

Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.



Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.



Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanakkanak untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. Berdasarkan dokumen konvensyen tersebut, kanak-kanak adalah diberi perlindungan daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.



Berdasarkan konvensyen ini, semua kanak-kanak tanpa mengira jantina, latar belakang, status sosio-ekonomi,kepercayaan agama dan kebolehan diiktiraf sebagai individu yang mempunyai hak-hak asasi untuk membesar dan mendapat perlindung dalam kehidupan mereka.

3.4.1 Prinsip-prinsip Konvensyen Konvensyen ini telah menetapkan beberapa prinsip,iaitu; 

Tidak ada diskriminasi terhadap kanak-kanak Semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya mempunyai hak yang sama.



Kepentingan terbaik bagi kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak. 55

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan.



Hak untuk Penyertaan Kanak-kanak hendaklah dibolehkan turut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat dan pandangan. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius.

3.4.2 Definisi Kanak-kanak Perkara 1- Seorang kanak-kanak diiktiraf sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu.

3.4.3 Hak Kanak-kanak 

Hak kehidupan



Hak Perlindungan



Hak Perkembangan



Hak Penyertaan



Hak Kehidupan Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan hak kanak-kanak untuk hidup dipenuhi.

Perkara 6 : Semua kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan perkembangan kanak-kanak tersebut.

56

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Hak Perlindungan Hak perlindungan ke atas kanak-kanak merangkumi perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau penjaga mesti memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanakkanak. Kanak-kanak tanpa keluarga atau pelarian harus diberi perlidungan yang sewajarnya. Di samping itu perlindungan seksual, fizikal, dan eksploitasi, pengabaian, penyalahgunaan dadah dan diskriminasi juga merupakan hak kanak-kanak. Negara hendaklah memberi perlindungan kepada kanak-kanak sekiranya mereka diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga.

Perkara 3: Negara hendaklah memberikan penjagaan secukupnya kepada kanak-kanak melalui pihak berkuasa tempatan yang berkaitan sekiranya kanak-kanak tersebut diabaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Perkara 8: Negara mempunyai obligasi untuk melindungi, dan jika perlu memantapkan semula aspek asas

identiti termasuk

kerakyatan dan hubungan kekeluargaan. 

Hak Perkembangan Ibu bapa, keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak berkembang dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang dengan lebih optimum.

Perkara 5: Negara mesti menghormati tanggungjawab ibu bapa atau keluarga kembangan untuk memberi bimbingan kepada kanak-kanak berdasarkan keupayaan mereka.

57

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Hak Penyertaan Kanak-kanak juga diberi kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan

bermain dengan rakan-rakan sebaya.

Pandangan dan pendapat mereka berkaitan dengan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan diguna pakai. Mereka juga berhak untuk menyertai aktiviti atau program persatuan dan kelab.

Perkara

12:

Semua

kanak-kanak

mempunyai

hak

untuk

menyuarakan pandangan dengan bebas dalam semua perkara berkaitan dengan hal kanak-kanak.

Layari Laman Web: http://www.scribd.com/doc/101029420/528konvensyen-Mengenai-Hak-Kanak-kanak-Versi-Bergambar Baca

dengan

teliti

perkara-perkara

yang

terkandung

dalam

Konvensyen Hak Kanak-kanak tersebut. Kenalpasti hak-hak yang terkandung di dalamnya. Adakan perbincangan dengan pensyarah dan rakan sekelas anda.

3.5

HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA Malaysia telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak,1989 dengan mewujudkan persekitaran, peluang dan ruang hak-hak kanak-kanak tersebut dapat dilaksanakan. Di antara komitmen Malaysia terhadap pengiktirafan hak kanak-kanak, Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani Konvensyenkonvensyen berikut:   

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak : 19 Mac 1995 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita: 4 Ogos 1995 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (umur minimum untuk diambil bekerja) : 1997

58

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 ( bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000. Hak kanak-kanak Malaysia sentiasa diberi perhatian oleh pihak

kerajaan. Hak Kanak-kanak Malaysia merangkumi hak yang termaktub dalam konvensyen Hak Kanak-kanak, 1989 iaitu Hak Kehidupan, Hak Perlindungan, Hak Perkembangan dan Hak Penyertaan. 

Hak kehidupan Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak di Malaysia mesti menyediakan keperluan asas untuk kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik dan kondusif. makanan yang seimbang dan air yang bersih.Ianya dapat menjamin kelangsungan hidup yang positif dan ceria. Makanan yang seimbang dan air yang bersih diperlukan untuk kesihatan kanak-kanak untuk hidup yang positif dan aktif.



Hak Perlindungan Kanak-kanak di Malaysia merupakan aset yang sangat berharga untuk masa depan Negara. Oleh yang demikian, kanak-kanak di Malaysia sangat dilindungi dari sebarang unsur-unsur negatif seperti penderaan, pengabaian, ekploitasi dan penghambaan. Perlindungan akan diberikan kepada kanak-kanak yang didera samada fizikal, emosi atau seksual. Isu-isu penderaan, pencabulan, pengabaian oleh penjaga dan eksploitasi merupakan fenomena yang berlanjutan dan perlu dibenteras. Kerajaan Malaysia memandang isu-isu ini sebagai suatu bencana dan ancaman kepada pembangunan Negara. Pihak yang melakukan penderaan, pengabaian dan eksploitasi ke atas kanak-kanak akan dikenakan hukuman yang berat.

59

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Hak Perkembangan Selaras dengan aspirasi Konvensyen Hak Kanak-kanak, Malaysia memberi perhatian yang serius dalam perkembangan holistik kanakkanak yang melibatkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ibu bapa mesti menyediakan pendidikan formal kepada kanak-kanak dengan menghantar mereka ke sekolah dan pendidikan tidak formal seperti ilmu agama dan nilai moral. Minat membaca dan kecintaan kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan perlu dipupuk sejak dari kecil demi memastikan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari pelbagi aspek.



Hak Penyertaan Kanak-kanak di Malaysia diberi hak untuk bergaul dan bermain dengan rakan sebaya dengan bebas tanpa sekatan. Melalui bermain mereka dapat berinteraksi dengan rakan sebaya seterusnya dapat meningkatkan kemahiran social mereka. Mereka boleh bergaul bebas tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya. Kanak-kanak di Malaysia tidak dihalang untuk menyertai dan menjadi ahli persatuan dan kelab.

3.6

USAHA-USAHA DALAM MELINDUNGI KANAK-KANAK Dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak di Malaysia mendapat perlindungan yang sewajarnya, beberapa usaha telah dilaksanakan dan beberapa akta perundangan telah dibentuk, di antaranya;

3.6.1 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468) Akta ini berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan ke atas kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dari penderaan, pengabaian, eksploitasi dan penghambaan. 60

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Seksyen 2 berkaitan dengan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan sekiranya : 

Kanak-kanak yang berkemungkinan besar dicedera atau dianiaya dari aspek fizikal, emosi dan seks.



Penjaga kanak-kanak tidak layak / mengabaikan atau tiada keupayaan untuk menjaga dan memelihara kanak-kanak dengan sewajarnya.



Penjaga kanak-kanak telah melakukan pengabaian atau tidak sanggup menjaga dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk kanak-kanak.



Tiada penjaga yang sanggup untuk

menjaga atau kanak-kanak

ditinggalkan oleh penjaganya, tiada orang lain layak untuk menjaganya. 

Pengabaian dilakukan ke atas kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan, siasatan atau rawatan.



Kanak-kanak berkelakuan yang boleh mencederakan dirinya atau orang lain atau tiada orang lain yang sanggup menjaga dan memperbaiki keadaan.



Terdapat

pertelingkahan

kanak-kanak

dengan

penjaga

atau

petelingkahan antara penjaganya. Pertelingkahan menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas dan menyebabkan gangguan emosi kanak-kanak. 

Kanak-kanak terlibat dengan mana-mana kesalahan dalam Bab XVI Kanun Keseksaan.

3.6.2

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 ( Akta 308) 

Akta ini berkaitan dengan pendaftaran, penawalan dan pemeriksaa taman-taman asuhan kanak-kanak.



Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun.

61

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Akta ini memberi jaminan kepada kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak bawah 4 tahun.



Kawalan, pengawasan dan pemeriksaan dapat dilaksanakan dengan penguatkuasaan pendaftaran taman-taman asuhan kanakkanak ini.



Pihak berkaitan berhak masuk dan memeriksa taman-taman asuhan demi kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.

3.6.3

Akta Pengangkatan anak angkat 1952 (Akta 257) 

Bagi

melindungi

kanak-kanak

daripada

didera,

diabai

dan

dieksploitasi, 

Akta ini dibentuk untuk mengawal selia urusan pengambilan anak angkat serta menjamin kebajikan kanak-kanak .



Peruntukan undang-undang dalam akta ini adalah sebagaimana dikanunkan dalam Ordinan mengangkat anak 1960.

3.6.4

Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002) 

Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2002) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 merupakan gabungan tiga undang-undang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil.



Ianya

merupakan

undang-undang

yang

berkaitan

dengan

pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak demi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak. 

Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta ini adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.



Istilah kanak-kanak menurut akta ini adalah mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun. 62

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Akta ini memperuntukkan tugas dan tanggungjawab undangundang ibu bapa atau penjaga untuk mengambil berat keadaan anak-anak mereka.



Di samping itu, akta ini mengenakan tugas kepada ahli-ahli keluarga kanak-kanak untuk memaklumkan kepada pelindung jika mereka mempunyai alasan-alasan yang munasabah bahawa kanak-kanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi seks.



Rasional ahli-ahli keluarga kanak-kanak dikenakan tugas untuk memaklumkan tentang kemungkinan seseorang kanak-kanak itu didera adalah kerana mereka merupakan antara pihak yang dekat dengan kanak-kanak tersebut. Mereka ini juga berkemungkinan besar mengetahui kenapa seseorang kanak-kanak itu didera.



Jika seseorang kanak-kanak dituduh atas apa-apa kesalahan, maka Mahkamah bagi kanak-kanak hendaklah memerintahkan supaya ibu dan bapa kanak-kanak tersebut hadir ke mahkamah kecuali Mahkamah berpuashati bahawa adalah tidak munasabah untuk mengehendaki kehadiran mereka



Akta ini juga

memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana

orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak, menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanakkanak itu atau menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu dianiaya,

diabai,

dibuang

atau

didedah

hingga

mungkin

menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual, maka orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. 

Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau 63

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas dan maka hukuman yang berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau keduaduanya. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.

3.6.5

Program Pencegahan dan pemulihan kanak-kanak Pasukan pelindung dan pusat aktiviti kanak-kanak telah ditubuhkan di

peringkat

negeri

dan

daerah

yang

bertujuan

memberikan

perkhidmatan kepada keluarga atau kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan, seksual, penderaan dan sebagainya.

3.6.6

Penubuhan Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-kanak Pasukan ini ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri untuk menyelia dan memantau kes-kes penderaan dan pengabaian kanakkanak yang dirujuk di hospital.

3.6.7

Penglibatan kanak-kanak dan Pelan Tindakan Negara Kanak-kanak di Malaysia diberi hak bersuara dan memberi pendapat. Suara kanak-kanak didengar melalui penglibatan mereka dalam penilaian Pelan Tindakan Negara Pertama dan merangka Pelan Tindakan Negara Kedua. Elemen-elemen dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak telah diambil kira dalam merangka Pelan Tindakan Negara Kedua. Perbincangan Bincangkan dengan rakan sekelas anda usaha-usaha yang telah dilaksanakan untuk memenuhi hak perkembangan kanak-kanak di Malaysia

64

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Latihan 1. Malia, seorang murid tahun 4 Melor yang aktif dan ceria di dalam kelas dan diluar kelas. Tetapi sejak akhir-akhir ini, Malia didapati sering termenung dan murung. Pencapaian dalam pelajarannya juga semakin merosot. Apakah masalah yang dihadapi oleh Malia dan huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi membantu Malia untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh Malia.

2. Cikgu Ahmad mendapati seorang muridnya, Jazli suka membuli, mengejek dan mengacau rakan-rakan di kelas. Setelah disiasat, Cikgu Ahmad mendapati Jazli tinggal di kawasan setinggan dan bapa merupakan

seorang

buruh

binaan.

Ibunya

bekerja

di

kilang

berhampiran dengan rumahnya. Kenal pasti punca tingkah laku Jazli dan bincangkan hak kanak-kanak yang tidak diperolehi oleh Jazli. Rujukan Lori Lite, (2014). Stress Free Kids: A Parent's Guide to Helping Build Self-Esteem, Manage Stress, and Reduce Anxiety in Children, Massachuset, USA, Adam Media. Marion, M. (2003). Guidance of young children, 6th Ed. Columbus, Ohio: Merrill/Prentice-Hall. Robert J. Haggerty, (1996).Stress, Risk, and Resilience in Children and Adolescents: Processes, Mechanismes and Interventions, Cambridge, UK, Cambridge University Press. See Ching Mey dan Lee Siew Siew , (2005). Kemurungan Di kalangan pelajar: Satu Kajian Kes , Jurnal Pendidik dan Pendidikan,Jil. 20, 113–129 http://www.heartmath.org/free-services/downloads/helping-children-managestress.html http://pubs.ext.vt.edu/350/350-054/350-054_pdf.pd http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?ArticleID 65

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

TAJUK 4 TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU 4.0

SINOPSIS Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan. Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.

4.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Mengenal pasti punca-punca stres dan burnout

ii.

Menghuraikan tanda-tanda stres dan burnout

iii.

Membincangkan implikasi burnout kepada individu khususnya guru.

iv.

Membezakan antara stres dan burnout

v.

Membincangkan langkah-langkah mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru.

66

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 4.2

KERANGKA TAJUK

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Stres

4.3

Burn Out

Langkah-Langkah Pengurusan Tekanan Emosi

STRES

4.3.1 Konsep Stres Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.

Dari sudut

bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup.

Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza

kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.

Sebaliknya stres pada kadar tinggi

boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.

Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya 67

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan guru. 4.3.2 Jenis-Jenis Stres Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu; Stres ‘here and now’ Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku kemalangan. Stres ‘anticipation’ Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan PIBG.

Sebagai guru baharu yang

tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.

Stres imaginatif Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau negatif.

Sebagai contoh; anda tinggal

bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk menceroboh rumah anda.

Stres Reaktif Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau.

Ia berlaku secara semulajadi. 68

Contohnya ialah

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) apabila seseorang individu baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi.

Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan

menyebabkan stres reaktif berlaku.

Stres Negatif Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu, bulan atau tahun.

Ia boleh disebabkan satu

punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.

4.3.3 Punca-Punca Stres Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi lapan faktor iaitu :

Gaya Hidup a.

Disiplin pemakan yang tidak sihat.

b.

Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan.

c.

Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.

d.

Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.

e.

Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.

Kewangan a.

Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.

b.

Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.

c.

Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga.

d.

Perancangan kewangan yang buruk.

e.

Kerap terganggu dengan masalah kewangan.

69

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Personaliti. a.

Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.

b.

Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.

c.

Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.

d.

Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.

e.

Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.

Spiritual. a.

Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.

b.

Mudah menyalahkan orang lain.

c.

Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup.

d.

Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.

e.

Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.

Peristiwa Hidup a.

Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.

b.

Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan.

c.

Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.

d.

Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres.

e.

Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.

70

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Persekitaran a.

Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.

b.

Mempunyai masalah dengan jiran.

c.

Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat.

d.

Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.

e.

Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.

Perhubungan a.

Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.

b.

Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi.

c.

Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.

d.

Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda.

e.

Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat.

Pekerjaan a.

Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.

b.

Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.

c.

Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan.

d.

Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.

e.

Seseorang yang beranggapan bahawa dasar membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan.

71

pelajaran

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 4.3.4 Tanda-Tanda Stres Psikologikal Ciri-ciri Psikologikal 

Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.



Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.



Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.



Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.



Kurangnya komunikasi yang berkesan.



Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.



Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.



Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.



Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.



Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku 

Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.



Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.



Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.



Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.



Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.



Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.



Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi. 72

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.



Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.



Membunuh diri atau cuba membunuh diri.

Tanda Fizikal Ciri-ciri Tanda Fizikal 

Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.



Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)



Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.



Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan



Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.



Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.



Gangguan pada kulit.



Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.



Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser.

Rumusan Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Bagi mengelakkan stres

individu itu perlu mengenal pasti situasi yang

menimbulkan stres dan bagaimana individu itu boleh mengendalikannya. Lebih banyak seseorang itu memahami tentang dirinya, pengendaliannya akan lebih baik.

73

maka

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 4.4

BURNOUT DALAM KALANGAN GURU

4.4.1 Konsep Burnout

Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun.

Keadaan ini

menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian. 4.4.2 Implikasi Burnout Burnout akan menyebabkan individu jadi : -

pemarah

-

bersifat sinis

-

lemah semangat

-

berasa tidak berguna

-

berasa tidak berupaya

-

kurang daya produktivitinya Pernahkah anda mengalami keadaan-keadaan seperti tersebut? Jika ya, anda mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang mengalami burnout. Bincang secara berpasangan langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada mengahadapi burnout.

Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.

Tanda fizikal – rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot. 74

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Tanda tingkah laku – menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik awal.

Tanda emosi – berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

4.4.3 Punca-Punca Burnout Guru

Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu punca-punca yang menjadikan seseorang itu burnout.

Antara punca-puncanya: -

berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen

-

mengalami stres dalam tempoh yang panjang.

-

Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru, contohnya tekanan memenuhi target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru kurang).

-

kurangnya

budaya

mentor misalnya

guru-guru

baru

biasanya

memerlukan bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun budaya membimbing kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan perkeranian. -

tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas, suasana kerja yang tidak bersistematik.

75

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) -

dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial, diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan.

-

personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnout.

4.4.4 Perbezaan Di antara Stres Dan Burnout Jadual 4.1 Perbezaan di antara Stres dan Burnout STRES

BURNOUT

Penglibatan diri yang keterlaluan Menyebablkan perasaan cemas dan hiperaktif Kehilangan tenaga Mengakibatkan kegelisahan Kecederaan secara fizikal Mungkin menyebabkan maut terlalu awal

Pelepasan dari melibatkan diri Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus asa Kemerosotan motivasi dan harapan Mengakibatkan pengasingan dan kemurungan Terhiris perasaan Mungkin menyebabkan perasaan seperti hidup tidak bermakna

4.4.5 Cara-Cara Mengatasi Burnout Peningkatan

profesionalisme

dalam

pengurusan

stres

dilaksanakan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: -

bengkel pengurusan masa

-

bengkel pengurusan stress

-

bengkel pengurusan kewangan

-

latihan rekreasi dan pemakanan

-

peningkatan tahap ketahanan diri

-

membentuk budaya saling memahami

-

membentuk suasana kerja yang kondusif

-

meningkatkan kecerdasan emosi guru

-

sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.

76

perlu

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Rumusan

Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih memahami

konsep

burnout,

tanda-tandanya,

punca-punca

yang

menyebabkan burnout, serta cara-cara mengatasinya. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menangani masalah sendiri dan dapat terus

melangkah

dengan

melaksanakan

tanggungjawab

dengan

cemerlang serta membahagiakan diri sendiri.

4.5

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TEKANAN EMOSI

Berikut ialah langkah-langkah menangani stres :

Uruskan Masa Dengan Efektif Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stres pasti akan kembali.

Rehat Seketika Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.

77

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Kurangkan Gangguan Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.

Makan Makanan yang menyihatkan Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

Lakukan Meditasi Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas

dalam-dalam yang dapat meningkatkan

kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal Ketakutan Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat diubah atau dicapai.

Dapatkan Nasihat Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

78

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Belajar Katakan 'TIDAK' Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapimasalah berkaitan kerja.

Dapatkan Tidur yang Cukup Tidurlah

sekurang-kurangnya

6

-

8

jam

sehari.

Walau

bagaimanapun seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stres memikirkan dan menyiapkan kerja yang bertimbun.

Lakukan Senaman Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan. Rumusan Secara keseluruhannya, gejala stres adalah suatu lumrah yang tidak boleh kita elakkan. Hal ini kerana stres adalah suatu tekanan yang boleh memberikan manfaat kepada seseorang, namun stres juga adalah punca kepada kegagalan dalam hidup. Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras maka gejala yang tidak sihat akan menyerang diri dan mengakibatkan kemudaratan. Oleh itu, pendekatan mudah yang diberikan penekanan di atas terhadap cara-cara menangani stres dapatlah membantu kita dalam meneruskan hidup untuk mencari nafkah dan sebagainya dengan lebih baik dan sistematik.

79

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Rujukan Cockburn, A. (1996). Teaching under pressure: Looking at primary teachers’ stress. London:Falmer Press Kyriacous, C. & Sutcliffe, J. (1978a). A model of teacher stress. Educational Studies, 4,hlmn 1-6 Mohd

Salleh Lebar (1994) Asas Psikologi Perkembangan. Lumpur:Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Kuala

Mohd Taib Dora dan Hamdan Abd Kadir (2006) Mengurus Stres Selangor: PTS Wood

80

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 5 5.0

SINOPSIS Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa sempadan. Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Diharap dengan kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu meletak Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.

5.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Menerangkan inovási dan perubahan dalam pendidikan.

ii.

Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan.

iii.

Mengaplikasi strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv.

Menghuraikan pelbagai cara penggunaan teknologi dalam Pengajaran.

v.

Mengenal pasti ciri-ciri dalam perkembangan persekitaran pembelajaran. 81

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) vi.

Menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan.

vii.

Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam pendidikan.

viii.

Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif.

ix.

Mengemukakan reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang inovatif.

5.2

KERANGKA TAJUK INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

5.3

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

REKABENTUK RESOS

REKABENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

5.3.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL) Definisi PBL Proses pembelajaran ini

berfokuskan tugasan berdasarkan isi

pelajaran yang melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses pembelajaran

pelbagai

sumber

maklumat, menentukan dan mengurus sumber, masa dan

bahan

pembelajaran.

memerlukan

Pelajar

pelajar

mempunyai 82

mengaplikasi

autonomi

dalam

membina

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat.

Rajah 5.1

Ciri – ciri PBL

Rajah 5.2

Langkah – langkah PBL

83

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Kriteria Pemilihan projek PBL Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran . Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran dalam bilik darjah – ‘Uniform Sekolahku’

Peranan Guru dalam PBL 

Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai



Terapkan kaedah inkuiri – menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah



Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan



Alat pengukuran informal



Aplikasi teknik pengurusan mutakhir



Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan



Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus

Apakah kelebihan PBL ? 

Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.



Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu.



Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing.



Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

84

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 5.3.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Konsep PBM

Pembelajaran

berasaskan

masalah

disokong

oleh

konsep

pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

Apakah kemahiran yang diperoleh daripada PBM? Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat : i.

belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.

ii.

menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).

iii.

kemahiran menyelesaikan masalah.

iv.

kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.

v.

kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).

vi.

kemahiran bekerja secara berkumpulan.

vii.

menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

85

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Rajah 5.3

Ciri- Ciri PBM

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah i.

Kemukakan masalah

ii.

Jelaskan hasil pembelajaran

iii.

Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat

iv.

Sediakan bimbingan & strategi “coaching apprenticeship” dan “scaffolding”

v.

Sediakan

resos

pembelajaran

(modul

pembelajaran,

pengayaan/ pemulihan, multimedia) vi.

“Debriefing”

vii

Penilaian – secara berkumpulan dan individu

Latihan Cadangkan tiga aktiviti PBL i. _____________________________________ ii. _____________________________________ iii. _____________________________________ 86

sumber

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 5.3.3 Pembelajaran Elektronik Konsep pembelajaran elektronik Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari (synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi epembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk

pengajaran,

pembangun

kandungan

dan

staf

Pendekatan Pembelajaran Elektronik ›

Online learning



Technology based learning



Web based training



Computer based training



Technology enhanced learning



Computer supported collaborative learning

Bentuk Penyampaian pengajaran dan Pembelajaran i.

Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book

ii.

Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit

iii.

Audio seperti rakaman audio dan podcast

87

teknikal).

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Ciri – ciri Pembelajaran Elektronik i.

mengikut kadar kendiri pelajar

ii.

mengikut kehendak atau keperluan pelajar

iii.

memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran

iv.

Capaian lebih mudah dan luas

v.

Perlukan kemahiran komputer dan internet

5.3.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS) Konsep PBLS PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan berbantukan

power

penyampaian

lain

point, dalam

penerangan proses

audio

dan

penyampaian-

pengajaran

dan

pembelajaran.

Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui paparan menerusi laman sesawang. Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi

5.4

i.

Pengumuman real time

ii.

Teks, html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio

iii.

Buku gred real time

iv.

Pautan luar (External links)

v.

Ruang perbincangan maya (Chat rooms)

vi.

Kuiz automatik

vii.

E-mel

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

5.4.1 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia

88

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) telah memberi kesan yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Antaranya ialah :

i.

media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif. Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Internet dalam pengajaran – penggunaan emel, blog, portal dan

ii.

laman sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan pembelajaran. iii.

Perpustakaan Maya - E-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk mendapatkan maklumat. Web-based learning – Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan

iv.

di laman sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar. Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan

v.

rangkaian pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan. vi.

Penggunaan ICT dalam P&P -Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah (PPK, 2001).

5.4.2 Impak Teknologi Dalam Pengajaran 1.

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

2.

Penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.

3.

Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat.

4.

Pelajar tidak mudah berasa jemu dan bosan.

5.

Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. 89

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 6.

Guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran

7.

Mempertingkatkan

kualiti

pengajaran

dengan

menggunakan

pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 8.

Membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat serta efisen.

Buat Nota Membuat rujukan / carian lanjutan kepada konsep teknologi dalam pengajaran.

Perbincangan Cuba kongsikan pengalaman anda dalam penggunaan pelbagai teknologi dalam pengajaran

5.5

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Memikir Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan perkembangan persekitaran pembelajaran?

Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas menguasai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formal kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah persekitaran pembelajaran kepada pembelajaran personal.

90

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Layari Internet Adakah anda pernah mendengar tentang istilah Personalised Learning Environment (PLE), Virtual Learning Environment, Intelligent Learning Environment (ITL) dan Open Learning Environment (OLE). Cari maklumat dan fahamkannya.

91

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Jadual 5.1 Perbandingan PLE, VLE, ILE dan OLE Personalised Learning Environment Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar ---------------------------Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku ---------------------------Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media perisian ---------------------------Pelajar sendiri yang menentukan arah dan halatuju pembelajarannya ---------------------------Interaksi sosial berlaku melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial ---------------------------Word processor, E-mel, Audio, Weblog, Photo Sharing Service, Web browserFirefox, windows, Instant messaging skype dll.

Virtual Learning

Intelligent Learning

Open Learning

Environment

Environment

Environment

Pembelajaran berlaku

Situasi penyelesaian

Satu pendekatan

secara online

masalah

pembelajaran yang

sepenuhnya atau

----------------------------

memberi fleksibiliti dan

secara gabungan

Konstruktivisme

pilihan kepada pelajar

(online dan pertemuan

-----------------------------

terhadap ‘apa’, ‘bila’,

formal) – dikenali

Discovery learning

‘kadar’, ‘di mana’, dan

sebagai blended

‘bagaimana’ mereka

------------------------------

belajar

Pelajar perlu berdaftar

-------------------------------

------------------------------

e-learning

Maklumat dan aktiviti

-------------------------------

pembelajaran

menggalakkan

dimuatkan dalam

pemikiran yang

portal pembelajaran

berbeza dari pelbagai

dan papan buletin

perspektif

------------------------------

-------------------------------

Kawalan dibuat melalui

menyediakan

Learning Management

pembelajaran sendiri

System (LMS) dan

dan memberikan

Virtual Learning

autonomi kepada

Environment

pelajar

------------------------------

-------------------------------

Tiada interaksi sosial

Media elektonik (pangkalan data, tutorial komputer, video dll), media cetak (buku teks, artikel jurnal), atau manusia (pakar, ibu bapa, guru, rakan sebaya)

92

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Latihan Dapatkan maklumat lanjut melalui internet ciri-ciri yang membezakan persekitaran pembelajaran maya dan persekitaran pembelajaran personal.

Rehat

5.6

REKA BENTUK RESOS

5.6.1 Konsep Reka Bentuk Resos Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan komputer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat, pembelajaran secara online dan jaringan sosial.

Tujuan Reka Bentuk Resos 

Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang ilmu.



Pembelajaran berpusatkan murid.



Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.



Meningkatkan

kualiti

serta

keberkesanan

sistem

pendidikan

keseluruhannya. 

Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang sesuai dan tidak menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara kerana pakar komputer yang menghasilkan bahan P&P tidak mahir dalam aspek pedagogi.

93

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Jenis Reka Bentuk Resos

Berasaskan Teknologi ICT

e-buku

e-majallah

Bukan Berasaskan Teknologi ICT

e-portfolio

Bahan 2-D

Blogs and Forums

Bahan 3-D

Rajah 5.4

Jenis reka bentuk resos

Model Reka Bentuk Resos 1. Model Berorientasikan Bilik Darjah Guru merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk

pengajaran

sebelum

masuk

ke

bilik

darjah. Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). 2. Model Berorientasikan Produk Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

94

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 3. Model Berorientasikan Sistem Contoh model

yang berorientasikan

sistem adalah

model

IDI

(1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990). Peringkat Reka Bentuk Resos Untuk memastikan pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk

resos

pengajaran

yang

sesuai

haruslah

dipertimbangkan.

Peringkat reka bentuk resos ialah: 1.

Analisis Murid - Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciriciri

umum

meliputi

umur,

tahap,

tingkatan

dan

latar

belakang sosioekonomi.

2.

Nyatakan Objektif - Menyatakan objektif dapat membantu guru dalam merancang resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan

adalah

berdasarkan

kebolehan

murid,

dan

objektif

pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Justeru penggunaan media dan bahan perlulah pelbagai.

Pada peringkat

ini terdapat

beberapa langkah yang perlu

dipertimbangkan antaranya adalah seperti berikut : 

beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan



penyediaan bahan



sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih



sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif



sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid. 95

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

3.

Penglibatan murid -

Aktiviti

yang

boleh dijalankan

untuk

melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan. 4.

Penilaian - Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk menyediakan langkahlangkah

untuk

meningkatkan

keberkesanannya.

Penilaian

meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif. Ciri-Ciri Rekabentuk Resos 

Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)



Mempunyai identiti kebangsaan



Menepati arahan dan kurikulum



Bersesuaian dengan pencapaian murid



Hiasan berpada dan ketepatan teknik

Kelebihan Reka Bentuk Resos 

Mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran



Guru dan murid boleh mengakses maklumat daripada pelbagai Sumber



Sumber maklumat mudah diperolehi



Menjimat masa



Pengurusan dan pengemaskinian bahan yang lebih bersistematik



Murid dan guru tidak jemu

96

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 5.7

REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Tujuan Penilaian i.

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar .

ii.

Membantu

guru

membuat

perbandingan

antara

pelajar

dengan pelajar mahupun antara satu kelas dengan kelas yang lain. iii.

Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan subjek lain.

iv.

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.

v.

Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.

vi.

Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.

vii.

Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

Pentaksiran Pembelajaran Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.

97

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran A. Pentaksiran Prestasi Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu. Pentaksiran dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan dihasilkan oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai pentaksiran autentik.

Kelebihan pentaksiran prestasi. i.

Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar

ii.

Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan Penilaian

iii.

Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu berdasarkan pemerhatian secara berterusan.

iv.

Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar.

v.

Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar.

vi.

Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna.

Komponen-komponen pentaksiran prestasi: i.

Senarai semak perkembangan

ii.

Portfolio pembelajaran

iii.

Laporan pembelajaran

Ciri-ciri pentaksiran prestasi i.

Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik

ii.

Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran, 98

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) pengetahuan dan integrasi KBKK. iii.

Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan laras bahasa yang betul perlu digunakan

iv.

Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan berasaskan produk

v.

Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam melaporkan tugasan

Tugas guru dalam pentaksiran prestasi i.

Tentukan matlamat tugasan

ii.

Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit

iii.

Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world)

iv.

Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi membimbing pelajar.

v.

Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual

vi.

Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan tepat.

B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio Portfolio

ialah

satu

bentuk

bukti

proses

perkembangan

pembelajaran. Penyediaan portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi. Penyediaan portfolio yang sistematik mengandungi ciri-ciri berikut: CRADLE iaitu: Collecting - mengutip Reflecting - refleksi dan catatan jurnal Assessing - penaksiran Documenting - mendokumentasi Linking - perkaitan Evaluating – penilaian

99

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Ciri-ciri Portfolio yang sistematik i.

Komprehensif: Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai

ii.

Terancang dan sistematik: Mengandungi perancangan yang baik sebelum dilaksanakan.

iii.

Bermaklumat: Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna kepada guru.

iv.

Dibuat khusus: Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.

v.

Autentik: Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan autentik pelajar.

Prosedur pentaksiran portfolio i.

Kenal pasti tujuan dan fokus

ii.

Rancang isi

iii.

Reka bentuk analisis

iv.

Sediakan tatacara penyampaian

v.

Kenal pasti prosedur pengesahan

vi.

Laksanakan model pentaksiran

C. Pentaksiran Kendiri Pentaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau

perkembangan

dan

kemajuan

pembelajaran

berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran.

Langkah-langkah pentaksiran kendiri: i.

Membuat refleksi pengalaman yang lalu

ii.

Mengingat semula apa yang telah berlaku

iii.

Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari

iv.

Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil

v.

Menentukan hala tuju akan datang

100

mereka

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Strategi pentaksiran kendiri i.

Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh.

ii.

Kemahiran menyoal secara berfokus - pelajar diminta membina soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

iii.

Pengurusan grafik - bentuk visual yang dapat membantu pelajar menstruktur pemikiran mereka dalam bentuk diagram.

iv.

Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang dialami.

v.

Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya.

vi.

Senarai semak - untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran.

vii.

Portfolio digital – penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran.

viii.

Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah - menggunakan pelbagai aktiviti penaksiran untuk pembelajaran.

D. Pentaksiran Berasaskan Komputer i.

Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir dan disemak oleh komputer.

ii.

Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.

iii.

Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat maklum balas secara langsung

iv.

Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer berdasarkan aras kesukaran soalan

v.

Electronic votting system membolehkan guru membuat pentaksiran selepas pengajaran dan pembelajaran selesai

vi.

Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan cepat dan tindakan susulan dapat dibuat.

101

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Fikirkan Bagaimanakah pentaksiran masa kini yang inovatif berbeza dengan penaksiran tradisional?

Tamat

Rujukan

Jarvela, S. (2006). Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning Capacity. Persinalising Education – ISBN-92-64-03659-8© OECD 2006.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Atan (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007; 45-60.

102

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

TAJUK 6 6.0

PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

SINOPSIS Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pendidik, guru harus memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Mereka seharusnya memahami kepentingan inovasi dan mengadaptasikannya dalam rutin harian. Ini adalah kerana inovasi dan perubahan akan memberi impak dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.

6.1

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: i.

Menjelaskan kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan kepada negara

ii.

Menganalisis ciri-ciri pengurusan inovatif dan strategi perubahan

iii.

Menyatakan contoh-contoh pengurusan inovatif dan strategi perubahan

6.2

KERANGKA TAJUK

103

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 6.3

Pengenalan Inovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa. Matlamat akhirnya adalah untuk menyumbang kepada perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Dalam konteks pendidikan, setiap unit atau individu dalam organisasi pendidikan harus bergerak dan sedia berubah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek inovasi dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Perubahan yang berlaku ini adalah untuk menyediakan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat global. Sebagai golongan pendidik, bagaimanakah anda sebagai guru harus mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ? 6.4

Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula merujuk kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi memastikan amalan yang diguna pakai relevan dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer riba telah menjadi suatu keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan

104

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) data dari perpustakaan maya. Jelaslah bahawa matlamat inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang positif iaitu; 

Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.



Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai & kreatif



Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.



Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.



Meningkatkan

kualiti

pendidikan

dan

dapat

meningkatkan

kecekapan tenaga pendidik. 

Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar Sebagai penegasannya,

kaji dan bincangkan ucapan yang

dikemukakan di bawah. “......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan (capacity building) untuk mendepani cabaran masa depan”. (Ucapan YAB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri Pelajaran Malaysia)

6.5

Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa “hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam”. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras untuk merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

105

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Misalnya, amalan MS ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya diamalkan dalam sektor korporat kini mula digunakan dalam organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan di sekolah-sekolah. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hingga kini terlalu banyak perubahan yang berlaku. 6.5.1 Strategi Perubahan Antara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah: •

Strategi Kekuasaan

Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan balik.

Pelbagai kaedah digunakan seperti kad perakam waktu atau cap jari (thumb print). Bagi memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan tindakan disiplin diamalkan. •

Strategi Pujukan

Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran interpersonal bagi menyakinkan kumpulan sasaran atau ahli-ahlinya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan teliti dan dapat diterima oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan kertas atau elektrik dalam organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi, kejayaan dan pengamalan budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang ketua sebagai agen perubahan berjaya mempengaruhi orang bawahannya.

106

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Strategi Pendidikan Semula

Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi atau berfikir sejenak tentang tindakan yang telah diambil dan sejauhmana tindakan tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh, kita ambil kes yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat refleksi tentang implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada organisasi itu sendiri. Banyak baik atau buruk ? 

Strategi Memudah Cara

Dalam kes ini kumpulan sasaran

akan menentukan rancangan yang

dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menyediakan sumbersumber yang diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang dirancang. Contohnya, guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran menulis; maka pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut.

Analisis strategi pengurusan inovasi dan perubahan yang berlaku di sekolah tempat anda bertugas. Analisis strategi yang kerap diamalkan dengan menggunakan Plus, Minus dan Interesting.

6.6

Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan Pendidikan Seiring dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang dianggap sesuai pada masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang mampu berdaya saing, maka dasar yang baru perlu diadaptasi dalam sistem pendidikan di negara kita. Amalan adaptasi itu merangkumi aspekaspek berikut:

107

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 6.6.1 Latihan Perguruan Pembentukan modal insan guru bergantung yang berkualiti bergantung kuat pada sistem latihan perguruan. Antara perubahan dalam latihan perguruan ialah menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.

Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan 

Pada tahun 2004 27 nama maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas dinaik taraf.



Pada tahun 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005



Pada tahun 2006 pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan IPG melaksanakan Program Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan

Guru

Sekolah

Rendah

(PGSR),

latihan

praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL. 

Pada tahun 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM

dengan BPG. IPGM akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan manakala BPG akan menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah penyeliaan TKPPM (Profesional Keguruan). 108

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan Kepujian Program ini dibuka kepada bakal-bakal guru ini terdiri yang daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini dipilih oleh BPG berdasarkan beberapa temu duga dan ujian. Pelajar yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG.

PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan. Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah IPGM. Program ini mula ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar. Mereka dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan kurikulum yang akan membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

Bersifat

dinamik,

relevan,

futuristik,

responsif,

holistik,

dan

bersepadu. 

Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistik akan diberi fokus.

109

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik.



Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience).



Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan

kemahiran insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD), dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai sepanjang selama empat tahun pengajian adalah dari segi: 

Etika Profesional



Pengetahuan dan Kefahaman



Kemahiran Intelek



Kemahiran Praktikal



Kemahiran Kebolehpindahan



Penghayatan dan Amalan Nilai Layari Internet Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian atau layar laman web http://www.edu.my/download/panduan_pismp.pdf Perbincangan Bandingbezakan bentuk latihan perguruan yang anda alami dengan Program PISMP pada hari ini.

110

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 6.6.2 Program Pensiswazahan Guru Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Mesyuarat

Jawatankuasa

Pembangunan

Staf

Kementerian

Pelajaran bertarikh 5 Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mod Latihan Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan sekolah; mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian. Program PGSR merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperoleh membolehkan mereka dilantik ke gerd DG 41.

Layari Internet Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk Buku Panduan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) MOD

KURSUS

DALAM

CUTI

atau

layar

laman

web

http://www.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PRA3105.pdf.

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Pihak KPM bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui

Program

Pensiswazahan

Guru

(PPG).

BPG

telah

dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat KPM bagi pelaksanaan program tersebut. Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RMKe-10. Sasaran KPM adalah untuk memastikan bahawa 60% guru sekolah 111

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) rendah dan 90% guru sekolah menengah adalah terdiri daripada guruguru siswazah menjelang tahun 2015. Semua PPLD yang berumur di bawah 47 layak memohon dan mengikuti PPG. Dianggarkan jumlah guru yang akan mengikuti program ini hampir 100,000 orang yang terdiri daripada 8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang guru sekolah menengah. PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan menggunakan mod pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh pengajian akan memakan masa antara tiga tahun setengah hingga empat tahun. Pelajar-pelajar program ini ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 40% dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 20%. Penganugerahan ijazah akan diberikan oleh institusi pengajian masing-masing. Layari Internet Bagi memahami dengan lebih jelas program ini, anda diminta merujuk Buku Panduan Program Pendidikan Secara Jauh Di Peringkat Ijazah Pertama bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) atau rujuk http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/template/BUKU_GA RIS_PANDUAN_PPG2013.pdf

6.6.3 Kurikulum Transformasi Dalam bahagian perbincangan akan berfokus pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 2011. Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa

112

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Secara ringkas bentuk KSSR ini dapat dirumuskan seperti berikut: 

Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).



Prinsip

KSSR

berasaskan

prinsip

KBSR

iaitu

pendekatan

bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. 

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.



Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira

dan

menaakul.

Pada

Tahap

I,

pengajaran

dan

pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M. 

Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.



Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.



Dalam memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang baharu telah ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

113

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan.



Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Komponen

PBS

dalam

sistem

pentaksiran

kebangsaan

merangkumi: 

Pentaksiran Sekolah



Pentaksiran Pusat



Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum



Pentaksiran Psikometrik

Perbincangan Pelaksanaan KSSR masih dianggap pada peringkat pemulaan. Sebagai seorang pelaksana dasar di sekolah, bincangkan sejauh manakah kurikulum ini dapat membentuk murid-murid yang seimbang ?

6.6.4 Sekolah Berprestasi Tinggi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Rasional penubuhan SBT adalah untuk mengangkat

kualiti

sekolah-sekolah

terbaik,

menghasilkan

murid

cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah 114

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Pelajaran Malaysia (KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan. Untuk memahami proses saringan itu, anda diminta merujuk

laman

web

berikut:

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf. Selepas melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan kriteria yang diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu: 

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.



Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi



Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



Berjaya

melahirkan

personalities)

yang

personaliti-personaliti menerajui

unggul

kepimpinan

negara,

(towering negeri,

organisasi dan komuniti. 

Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam

dan

luar

negara

dengan

menggunakan

piawaian

antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). 

Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.



Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau pada peringkat antarabangsa.



Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam dan di luar negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian kemudahan dan prasarana.

115

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi 

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan: memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.



Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kaedah pengajaran yang

berteraskan

ICT

dan

hands-on.

Mereka

seharusnya

membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan sahaja pada peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa. 

Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi untuk pembelajaran kendiri, mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah. Perbincangan Sila layari http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf. Berdasarkan maklumat tersebut, laksanakan aktiviti perbincangan bersama-sama dengan pensyarah anda tentang implikasi SBT kepada pemimpin sekolah, guru dan murid-murid.

6.6.5 Sekolah Bestari Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi ledakan 116

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) zaman maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Secara ringkasnya ciri-ciri di Sekolah Bestari ialah 

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar, kesinambungan

dan

reflektif.

Kurikulum

di Sekolah

Bestari

dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, holistik, global dan terbuka. Amalan ini menggalakkan pembelajaran holistik,

membenarkan

kanak-kanak

maju

mengikut

tahap

pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. 

Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk belajar pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama. Pelajar akan dibenarkan terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.



Guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak.



Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar. Penilaian juga menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

117

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Layari Internet Bagi memahami dengan lebih jelas Konsep Sekolah Bestari anda diminta merujuk laman web http://www.scribd.com/doc/71317341/Sekolah-Bestari 6.7

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

6.7.1 Latar belakang Bagi

memastikan

kualiti

pendidikan

di

institusi

pendidikan

meningkat secara berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan Pendidikan

suatu

(STKP).

mekanisme Selepas

iaitu

dua

Standard

Tinggi

pelaksanaannya

Kualiti berlaku

penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini memberi peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developedand maintain in educational institutions).Pelaksanaan SKPM – Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu: 

SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)



SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)



SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah

6.7.2 Prinsip-prinsip SKPM SKPM–Sekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: 

Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya.



Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh

selaras

dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan. 

Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan. 118

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi.



Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berdasarkan teori dan amalan pengurusan berkesan.



Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran, kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam bidang pendidikan.



Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.



Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian dan Pejabat Pelajaran Daerah merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat SKPM.



Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut tatacara dan prosedur yang ditentukan. Layari Internet Bagi memahami dengan lebih jelas Konsep SKPM anda diminta merujuk laman web http://www.scribd.com/doc/3227456/-SKPM-standard-kualitipendidikan-malaysia

Memikir Setelah mengkaji dan memahami konsep SKPM, bagaimanakah anda merealisasikan hasrat ini semasa aktiviti pengajaran ?

6.8

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)

6.8.1 Latar belakang Pada

Oktober

2011,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 119

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. 6.8.2 Objektif Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu: 1.

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

2.

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.

3.

Menggariskan komprehensif

transformasi merangkumi

sistem

pendidikan

perubahan

penting

yang dalam

Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam. 6.8 3 Aspirasi Sistem Pendidikan 1.

Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.

2.

Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3.

Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020. 120

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 4.

Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

5.

Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

6.8.4 Aspirasi terhadap Murid Pelan berasaskan

Pembangunan aspirasi

Pendidikan

alsafah

Malaysia

Pendidikan

(PPPM)

Kebangsaan

adalah

ke

arah

menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid. Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada

sistem pendidikan yang berprestasi

tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi. PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini. Setiap murid akan mempunyai

Kemahiran Memimpin

Kemahiran Dwibahasa

Kemahiran Berfikir

Etika dan Kerohanian Kerohanian

Identiti Nasional

Pengetahuan

… sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Rajah 6.1

Aspirasi murid 121

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)



Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan. 

Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran

sepanjang

hayat)

untuk

membolehkan

mereka

menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi

perhatian,

menyebabkan

murid

kurang

berupaya

untuk

mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. 

Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

122

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)



Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris

sebagai

bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan. 

Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. 

Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar

123

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) memahami

dan

menerima

kepelbagaian,

tetapi

juga

menghayati

kepelbagaian.

Perbincangan Buat perbincangan dalam kumpulan mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi memenuhi ciri-ciri utama aspirasi setiap murid.

6.8.5 Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurangkurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah : Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti bertaraf antarabangsa. Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

124

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian Kementerian. Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Layari Internet Dengan merujuk

laman

web

http://www.moe.gov.my/v/pelan-

pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

anda

dikehendaki

membuat nota peta minda mengenai anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara.

Rehat

6.8.6 Urutan Anjakan Transformasi Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga. 125

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Rajah 6.2 Gelombang transformasi

Gelombang 1 (2013-2015)

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah 126

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah: 

Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).



Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.



Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).



Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.



Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).



Melaksanakan

1BestariNet

ke

semua

sekolah

untuk

mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian. 

Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.



Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu.



Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.

127

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.



Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.



Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.

Gelombang 2 ( 2016-2020)

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini. 

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.



Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.

128

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) 

Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh.



Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.



Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri.



Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.



Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.



Mengukuhkan

bahagian

utama

Kementerian,

menyusun

semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan. 

Memperoleh

akreditasi

antarabangsa

dan

memantapkan

kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti. 

Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu,

Kementerian akan memberikan tumpuan kepada 129

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. 

Meningkatkan

inovasi

dan

pilihan

bagi

meningkatkan

penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan. 

Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.



Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan

setugas,

iaitu

guru

dan

pemimpin

sekolah

saling

membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional. 

Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah.



Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.



Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan. 130

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA)

Memikir Cuba fikirkan, apakah pendidikan ini kepada :  Murid 

Guru



Pemimpin sekolah



Ibu bapa

impak

pelaksanaan

transformasi

sistem

Rumusan Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.

Rujukan Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting Highlands : Pp 18 – 20 Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya manakah yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 02(13). IAB. Genting Highlands. Pp 01 – 11. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

131

(EDU3093 GURU DAN CABARAN SEMASA) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006-2010”. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my.Tarikh capaian 17 hb Februari 2007 Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Falsafah Pendidikan Negara”. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Misi Pendidikan Negara” http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986). Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku

Panduan

Am.

Kuala

Mohamed Nor. (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikanmalaysia-2013-2025

132

Modul EDU3093.pdf

Page 3 of 132. Modul EDU3093.pdf. Modul EDU3093.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Modul EDU3093.pdf. Page 1 of 132.

2MB Sizes 15 Downloads 277 Views

Recommend Documents

MODUL INTERJAR.pdf
dan saran sangat kami harapkan demi pengembangan modul ini di masa yang akan datang. Depok, 05 November 2013. Penyusun. Page 2 of 32 ...

MODUL AKIDAH.pdf
õbÔi ́mŠÌÏ. @ @. ÝØ×. ðõbî ŠÐ3⁄4 âìØy. Mbßý ÝØ× aìèi ðb ŠÏ kuaë. @ @ bäîi å×a Ö†îm æa... tbßü. @ @[ 88 Z28 òía —–ÔÛa ñ‰ì a... æbߊϊi a. Žéflèuflë@Č ü g@ ÙčÛbflç@đõ@ófl'

Modul CCNA.pdf
Modem, termasuk interface voice-grade, channel service units/digital service units. (CSU/DSU) yang melayani interface T1/E1, dan Terminal Adapter/Network ...

modul-blogspot.pdf
Karena kita membuat blog di blogspot, maka sebaiknya kita memiliki satu. alamat e-mail di gmail. Page 4 of 41. modul-blogspot.pdf. modul-blogspot.pdf. Open.

Modul CSS.PDF
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Modul CSS.PDF.

MODUL ORKOM.pdf
Memori berfungsi untuk menyimpan data dan program. Memori beraneka tipe. dari yang tercepat aksesnya sampai yang terlambat. Data Bus jalur-jalur ...

Modul Elektrodinamika.pdf
Di SMP, Anda pernah mempelajari konsep muatan listrik. Masih ingatkah. mengapa sebuah benda dapat bermuatan listrik? Dalam tinjauan mikroskopik,.

Modul Mikrotik.pdf
Herika Hayurani, M.Kom. Sri Puji Utami A., M.T. PROGRAM STUDI TEKNIK INFORMATIKA. FAKULTAS TEKNOLOGI INFORMASI. UNIVERSITAS YARSI.

Modul Elektrodinamika.pdf
pompa sumber. energi. potensial rendah. (bak). elektron. Latief Foundation. 2 of 24. Page 3 of 25. Modul Elektrodinamika.pdf. Modul Elektrodinamika.pdf. Open.

Modul kelas XII.pdf
Mengetahui populer tentang. internet. • Mengetahui tentang kode etik. penulisan Email;. Page 3 of 44. Modul kelas XII.pdf. Modul kelas XII.pdf. Open. Extract.

MODUL PRAKTIKUM GIZI.pdf
karunia-Nya Modul Praktikum Analisis Bahan Makanan ini dapat kami susun. Modul praktikum ini disusun untuk memberikan gambaran dan panduan kepada.

Modul C++ Lengkap.pdf
Loading… Page 1. Whoops! There was a problem loading more pages. Retrying... Modul C++ Lengkap.pdf. Modul C++ Lengkap.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu.

modul-pemrograman-dasar.pdf
KD 3.6, 3.7, 4.6, 4.7 Operasi String dan Konversi Data. KD 3.8, 4.8, Pointer. KD 3.9, 3.10, 3.11, 3.12, 4.9, 4.10, 4.11, 4.12 Fungsi. KD 3.13, 3.14, 4.13, 4.14 ...

Modul - Email Marketing.pdf
Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. Modul - Email Marketing.pdf. Modul - Email Marketing.pdf. Open.

modul-pemrograman-dasar.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item.

Modul workshop linux.pdf
Page 3 of 60. Modul workshop linux.pdf. Modul workshop linux.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying Modul workshop linux.pdf.

MODUL ALJABAR LINEAR.pdf
Praktikum Aljabar Linear. Menggunakan Maplesoft Maple. PRAKTIKUM 1. PENGENALAN MAPLE. MINGGU KE : 1. PERALATAN : LCD. SOFTWARE : MAPLE.

Modul Askep Stroke.pdf
perdarahan primer substansi otak yang terjadi secara spontan bukan olek karena trauma kapitis,. disebabkan oleh karena pecahnya pembuluh arteri, vena dan ...

Modul pert4.pdf
isikan Laki-laki dan. perempuan. Listbox1 Items Klik tanda(...) isikan. ListBox. ScrollBar. Button ComboBox. Label Edit CheckBox Memo ListBox ScrollBar.

01 Modul Multimedia.pdf
Video system that can show 352×240 at 30 frames per second, 15-bit color. MPEG-1 hardware or software video playback. 4x CD-ROM drive using no more ...

Modul 3.pdf
... di Linux. dengan konsep runlevel. · cron.d, rincian proses yang dieksekusi dengan menggunakan jadwal(time. dependent process). Page 3 of 13. Modul 3.pdf.

modul spk AHP.pdf
There was a problem previewing this document. Retrying... Download. Connect more apps... Try one of the apps below to open or edit this item. modul spk AHP.

Modul Transformasi Geometri.pdf
Page 3 of 9. MODUL MATEMATIKA KELAS XII IPA. By Ibnu Fajar,S.Pd – SMA Negeri 1 Pagar Alam. D. DILATASI/PERKALIAN. Adalah transformasi yang ...

modul terapi bermain.pdf
Page 3 of 29. modul terapi bermain.pdf. modul terapi bermain.pdf. Open. Extract. Open with. Sign In. Main menu. Displaying modul terapi bermain.pdf. Page 1 of ...